12,140 kes aktif Arab Saudi

RIYADH 30 Jun – Arab Saudi hari ini merekodkan 1,486 kes baharu Covid-19, kurang sedikit berbanding 1,567 kes yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 487,592 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 15 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 7,819 kematian. Jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 467,633 termasuk 1,055 lagi pesakit yang dilaporkan pulih manakala kes aktif pula 12,140 dan 1,406 dalam keadaan kritikal Sementara itu daerah Timur Arab Saudi merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 360 kes diikuti Makkah 317, Riyadh 261 dan Asir 196.

Read More

Lonjakan kes di Indonesia

JAKARTA 30 Jun – Indonesia sekali lagi merekodkan kes harian tertinggi jangkitan Covid-19 hari ini apabila jumlah kes positif meningkat kepada 21,807 mengatasi jumlah yang direkodkan sebelum ini 21,342. Pada masa yang sama angka kematian juga merupakan yang tertinggi dengan merekodkan 467 orang meninggal dunia berbanding 463 yang direkodkan semalam. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Indonesia setakat ini adalah 2,178,272 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 58,491. Kes baharu yang direkodkan adalah meliputi 32 wilayah di mana lima wilayah mencatatkan kes tertinggi. Jakarta merekodkan 7,680 kes dikuti…

Read More

Singapura catat 11 kes import

SINGAPURA 30 Jun – Singapura melaporkan lima kes jangkitan tempatan Covid-19 dan 11 kes import setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 62,579 kes dengan 36 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan, kesemua kes tempatan itu ada hubung kait dengan kes sebelumnya dan sudah dikuarantin. Bagi 11 kes import pula, enam kes dikesan sebaik tiba di Singapura manakala lima lagi mula jatuh sakit semasa menjalani tempoh Notis Jangan Keluar Rumah (SHN). Sementara itu, mulai 11.59 malam Jumaat (2 Julai), rakyat Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang yang mempunyai sejarah perjalanan…

Read More

Kekal lebih 6,000 kes harian

PUTRAJAYA 30 Jun – Turun sedikit kes jangkitan Covid-19 tetapi masih kekal dengan angka 6,000 untuk dua hari berturut-turut. Jika semalam Malaysia merekodkan 6,437 kes, hari ini jumlah yang direkodkan sebanyak 6,276 termasuk 16 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 751,979 dengan 64,129 kes aktif. Daripada 6,260 kes tempatan, sebanyak 4,997 adalah warganegara dan 1,263 bukan warganegara manakala kes import turut melibatkan 12 warganegara. Sebanyak 4,929 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif 682,680 manakala 905 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 452 memerlukan bantuan pernafasan. Sementara itu 62 lagi kematian…

Read More

Thailand catat 53 kematian

BANGKOK 30 Jun – Angka kematian akibat Covid-19 di Thailand meningkat kepada 53 orang berbanding 36 semalam manakala jumlah kes pula 4,786 berbanding 4,662 yang dilaporkan semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 259,301 sementara 2,023 orang lagi telah meninggal dunia. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 4,659 kes melibatkan orang awam termasuk sembilan kes import manakala 127 lagi dalam kalangan banduan penjara. Dalam tempoh 24 jam yang lepas, 2,415 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 207,479. Kes kematian melibatkan mereka yang berumur antara 24-97…

Read More

Sembuh atasi kes di Filipina

MANILA 30 Jun – Kes sembuh di Filipina hari ini mengatasi jumlah kes positif Covid-19 yang direkodkan hari ini. Sebanyak 5,839 pesakit dilaporkan sembuh manakala kes positif baharu yang direkodkan adalah 4,509 kes. Menurut Jabatan Kesihatan, setakat pukul 4 petang ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,412,559 dan sembuh pula 1,339,248 atau 94.8 peratus. Jumlah kematian pula meningkat kepada 24,662 orang apabila 105 lagi dilaporkan meninggal dunia hari ini. Sementara kes aktif pula sebanyak 48,649 orang atau 3.4 peratus.

Read More

Selangor ‘konsisten’, Perlis catat kes

PUTRAJAYA 30 Jun – Perlis kembali mencatatkan lima kes jangkitan Covid-19 sementara Selangor terus ‘konsisten’ dengan menyumbangkan 2,836 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes harian seluruh negara hari ini sebanyak 6,276. Semalam, Selangor merekodkan 2,299 kes sementara Perlis pula sifar kes. Walaupun ada beberapa negeri yang mencatatkan peningkatan berbanding semalam, jumlahnya di bawah 400 kes didahului Sarawak yang merekodkan 376 berbanding 242 semalam. Johor merekodkan 299 (271), Sabah 242 (178), Kelantan 159 (131), Wilayah Persekutuan Labuan 132 (117) dan Pulau Pinang 131 (115). Tujuh negeri merekodkan penurunan kes iaitu Negeri Sembilan…

Read More

586,700 dos AstraZeneca bulan depan

KUALA LUMPUR 30 Jun – Syarikat farmaseutikal, AstraZeneca mengesahkan sebanyak 586,700 dos vaksin akan dihantar ke Malaysia awal bulan depan dan akan disusuli penghantaran tambahan dos vaksin terbabit dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Presiden AstraZeneca bagi Malaysia, Dr Sanjeev Panchal, berkata jadual penghantaran terbaharu untuk bekalan Malaysia membuktikan usaha sama antara kerajaan, industri dan pihak berkaitan dalam menyokong pemulihan kesihatan dan ekonomi. “Kami akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan serta pihak berkaitan dalam berdepan krisis peningkatan kes positif sekali gus meletakkan Malaysia kembali di atas landasan normal secepat mungkin,” katanya…

Read More

SelVAX sedia 2.5 juta dos vaksin

SHAH ALAM 30 Jun – Selangor bakal menerima 2.5 juta dos vaksin Covid-19 buatan Sinovac yang bakal memberi manfaat kepada 1.25 juta penerima melalui insiatif yang dinamakan Program Vaksin Selangor (SelVAX). Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, melalui langkah itu ia sekali gus  meningkatkan kadar vaksinasi harian dengan sasaran 80 peratus dewasa di Selangor telah divaksin menjelang Oktober ini. SelVAX adalah hasil pemeteraian perjanjian Pembekalan dan Pengedaran (SDA) antara Pharmaniaga Berhad dengan Selgate Healthcare. Ia adalah antara usaha kerajaan negeri bagi mempercepatkan proses vaksinasi rakyat dengan mengenal pasti kumpulan sasaran (SelVAX…

Read More

Jepun, AS sumbang 2 juta vaksin

PUTRAJAYA 30 Jun – Malaysia akan menerima dua juta vaksin sumbangan Jepun dan Amerika Syarikat pada 1 dan 2 Julai nanti, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Jepun menyumbang satu juta vaksin Astra Zeneca manakala Amerika Syarikat pula menyumbangkan vaksin keluaran Pfizer. Menurutnya, kerajaan berterima kasih atas sumbangan yang melambangkan keprihatinan kedua-dua kerajaan serta kepercayaan mereka terhadap Malaysia dalam memerangi Covid-19 dan menyokong program imunisasi global bagi membendung wabak ini. “Bekalan vaksin ini akan dapat memperhebatkan lagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan bantu Malaysia…

Read More