Jumlah kes Saudi turun sedikit

RIYADH 23 Jun – Arab Saudi buat hari ketiga berturut-turut terus merekodkan lebih 1,200 kes baharu Covid-19, dengan mencatatkan 1,253 kes, kurang daripada 1,479 yang dilaporkan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah pesakit yang meninggal dunia pula adalah 13 orang sementara 11,328 kes masih aktif di mana 1,472 dalam keadaan kritikal.

Dengan perkembangan ini jumlah kumulatif kes yang dilaporkan Arab Saudi kini meningkat kepada 478,135 kes manakala kematian pula 7,716 orang.

Jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 459,091 orang termasuk 1,043 orang yang dilaporkan pulih hari ini.

Makkah merekodkan kes hariian tertinggi iaitu 363, diikuti wilayah Timur dengan  263 kes, Riyadh 165, dan Asir 159

.Sementara itu, Jawatankuasa Saintifik Kebangsaan untuk Penyakit Berjangkit meluluskan penggunaan vaksin berbeza untuk dos pertama dan kedua.

Persetujuan itusesuai dengan kajian ilmiah antarabangsa yang menunjukkan kemungkinan memberikan dua dos dari dua vaksin yang berbeza selamat dan berkesan dalam memerangi virus.

Related posts

Leave a Comment