Trend peningkatan kes di Arab Saudi

RIYADH 5 Mac – Kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan trend peningkatan apabila merekodkan 384 kes baharu dalam tempoh 24 jam berbanding 375 semalam dan sebelumnya 331. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes positif yang direkodkan Kementerian Kesihatan kini mencecah 379,092 kes dengan kes aktif 2,651 kes di mana 509 kritikal. Bagi tempoh yang sama juga, sebanyak lima lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kumulatif 6,519 kematian. MoH juga melaporkan sebanyak 309 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 369,922 orang. Sementara…

Read More

Singapura lepasi 60,000 kes

SINGAPURA 5 Mac – Singapura merekodkan sembilan kes baharu Covid-19 kesemua nya kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan 60,007. Menurut Kementerian Kesihatan, semua kes import itu telah dikenakan notis duduk di rumah sebaik tiba di Singapura. Sehingga 4 Mac, seramai 59,857 telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan telah discaj dari hospital atau kemudahan komuniti di sini.  Sehingga kini, 29 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 di Singapura.

Read More

6,971 kes harian di Indonesia

JAKARTA 5 Mac –  Kes jangkitan harian hari ini meningkat kepada 1,368,098 kes selepas 6,971 lagi kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam, sejak 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini. Angka kes positif itu mengatasi kes sembuh yang merekodkan 6,331 kes menjadikan jumlah kumulatif kesembuhan 1,182,687.. Lima wilayah merekodkan kes positif tertinggi iaitu Jawa Barat 1,786 kes dan kumulatifnya 219,940, Jakarta 1,159 (346,975), Jawa Tengah 949 (156,757), Banten 515 (30,192) dan Jawa Timur 404 (131,450). Sementara bagi kes sembuh pula, Jawa Barat merekodkan 1,698 orang dan kumulatifnya 181,128…

Read More

26,241 kes baharu, 25,641 sembuh

BANGKOK 5 Mac – Thailand merekodkan 79 kes baharu Covid-19 hari ini yang melibatkan  65 kes jangkitan tempatan dan 14 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 26,241 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, 43 kes tempatan dikesan dalam komuniti dan 22 kes di hospital di empat wilayah semalam. Wilayah Samut Sakhon merekodkan 50 kes baharu di mana 38 kes melibatkan 30 warga Myanmar dan lapan Thai dikesan dalam komuniti manakala 12 kes lagi iaitu tujuh Myanmar dan lima Thai dilaporkan di hospital. Pathum Thani pula merekodkan lapan kes, iaitu…

Read More

3,045 kes baharu di Filipina

MANILA 5 Mac – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 3,045 kes baharu Covid-19 hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan 587,704 kes. Setakat pukul 4 petang ini juga, 19 lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada peningkatan kematian kepada 12,423 orang atau 2.11 peratus daripada keseluruhan kes. Sebanyak 178 pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 535,207 orang atau 91.1 peratus. Kes aktif pula sebanyak 40,074 atau 6.8 peratus daripada keseluruhan kes.

Read More

Agensi kerajaan ‘senjata politik’?

KUALA LUMPUR 5 Mac – Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH) mengecam penyalahgunaan agensi-agensi kerajaan yang didakwa sebagai senjata politik bagi mendapatkan sokongan daripada Ahli Parlimen pembangkang terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN). Dalam satu kenyataan media, MPPH mendakwa terdapat siri tindakan daripada agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi lain memberi tekanan terhadap Ahli-Ahli Parlimen pembangkang, pegawai-pegawai malah ahli keluarga mereka. Pada waktu ini, kami difahamkan tindakan-tindakan masih terus dilakukan bersekali dengan tekanan untuk Ahli-Ahli Parlimen pembangkang menyatakan sokongan…

Read More

Kluster : 8 tempat kerja, 1 keagamaan

PUTRAJAYA 5 Mac – Masih ada kluster baharu dikesan hari ini apabila 10 kluster baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,187 kluster di mana daripada jumlah itu, 699 tamat dan 488 masih aktif. Sepuluh klister yang direkodkan hari ini melibatkan lapan kluster berkaitan tempat kerja dan masing-masing satu kluster yang melibatkan keagamaan dan komuniti. Sementara 12 kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Ceram, Kluster Jalan Selayang, Kluster Kampung Bukit Biah, Kluster Kota, Kluster Bukit Belimbing, Kluster Bandar Teknologi, Kluster Bercham Raya, Kluster Taman Muhibbah, Kluster Kampung Kemansur, Kluster Jalan Mokhtar,…

Read More

Ada peningkatan kes di Selangor

JIKA semalam 630 kes, hari ini 5 Mac, SELANGOR menambah kes harian baharu menjadi  794 kes (36.9 peratus), angka tertinggi berbanding negeri-negeri lain. Daripada jumlah ini, sebanyak 666 kes (83.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covif-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 463 kes (21.5 peratus) dan Sarawak sebanyak 250 kes (11.6 peratus). Selangor: 794 kes  243 kes daripada kluster-kluster, termasuk 59 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Zamrud, Kluster Jalan Dato Sellathevan, Kluster Industri Cheras Jaya, Kluster Meranti Utama,…

Read More

2,154 kes baharu, 6 kematian

PUTRAJAYA 5 Mac – Jumlah kes jangkitan Covid-19 meningkat kepada 2,154 kes berbanding yang direkodkan semalam sebanyak 2,063 menjadikan jumlah keseluruhan kini 310,097 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak lima kes import dikesan yang menerima jangkitan daripada luar negara. Kes sembuh pula adalah sebanyak 3,275 menjadikan kes keseluruhan yang sembuh meningkat kepada 286,904 kes. “Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 menjadi 22,034 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dr Noor Hisham juga memaklumkan, kes kematian baharu terus meningkat sebanyak enam kes menjadikan jumlah…

Read More

Varian Nigeria B1.525 di Malaysia

PUTRAJAYA 5 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan dua kes pertama individu warga asing yang dijangkiti varian Nigeria SAR-CoV-2, juga dikenali sebagai B1.525. Kedua-duanya tiba dari Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan didapati positif Covid-19 melalui ujian swab RT-PCR. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) melakukan penjujukan genom penuh mengambilkira sejarah perjalanan mereka di mana analisis lanjut menunjukkan wujud semua mutasi yang dilaporkan berkait dengan varian tersebut. “Ini termasuk mutasi ‘spike protein’ E484K, Q677H, F888L dan rangkaian ‘protein deletions’ serupa yang dilihat dalam…

Read More