Trend peningkatan kes di Arab Saudi

RIYADH 5 Mac – Kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan trend peningkatan apabila merekodkan 384 kes baharu dalam tempoh 24 jam berbanding 375 semalam dan sebelumnya 331.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes positif yang direkodkan Kementerian Kesihatan kini mencecah 379,092 kes dengan kes aktif 2,651 kes di mana 509 kritikal.

Bagi tempoh yang sama juga, sebanyak lima lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kumulatif 6,519 kematian.

MoH juga melaporkan sebanyak 309 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 369,922 orang.

Sementara itu Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 187 diikuti wilayah Timur 68 dan Makkah 55.

Related posts

Leave a Comment