5,937 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 31 Mac – Indonesia setakat hari ini merekodkan 1,511,712 kes jangkitan Covid-19 dengan penambahan 5,937 kes baharu dalam tempoh 24 jam sehingga pukul 12 tengah hari ini. Kes tersebut dikesan di 33 provinsi seluruh Indonesia kecuali Maluku yang tidak mencatatkan penambahan kes. Lima provinsi menunjukkan penambahan kes baharu tertinggi iaitu Jawa Barat yang merekodkan 975 kes diikuti Jakarta (965), Banten (950), Jawa Tengah (497) dan Jawa Timur (301). Bagi tempoh yang sama sebanyak 5,636 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pulih sebanyak 1,348,330. Jumlah pesakit yang meninggal dunia…

Read More

585 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 31 Mac – Arab Saudi  terus mencatatkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 apabila merekodkan 585 kes baharu dalam tempoh 24 jam berbanding 556 kes yang direkodkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan pertambahan itu, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 390,007 dengan 5,225 kes aktif di mana 693 kritikal. Dalam tempoh itu juga, enam lagi pesakit meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 6,669 orang. Kementerian juga merekodkan 369 kes pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah pulih meningkat menjadi 378,083 orang. Sementara itu Riyadh merekodkan kes baharu tertinggi…

Read More

Singapura catat 34 kes baharu

SINGAPURA 31 Mac – Singapura hari ini merekodkan 34 kes baharu Covid-19 termasuk satu kes jangkitan tempatan manakala bakinya kes import yang menjadikan jumlah kumulatif 60,381 kes. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MoH), ini merupakan jumlah kes harian tertinggi sejak 30 Januari apabila 58 kes baharu dilaporkan ketika itu. Kes jangkitan tempatan, melibatkan Penduduk Tetap Singapura (PR) berusia 22 tahun yang pulang bercuti dari pengajiannya di Britain pada 11 Januari lalu. Beliau tidak mengalami simptom dan didapati terjangkit ketika menjalani ujian Covid-19 pada 30 Mac sebagai persiapan untuk pulang ke Britain.…

Read More

Singapura timbang jururawat bertudung

SINGAPURA 31 Mac – Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan terima kasih kepada Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir kerana melahirkan sokongan MUIS kepada usaha kerajaan mempertimbangkan membenarkan jururawat Muslim memakai tudung. Katanya, kerajaan memahami pentingnya pemakaian tudung kepada Muslim Singapura serta keinginan sebilangan jururawat Muslim untuk memakai tudung bersama pakaian seragam mereka. “Kami kini menimbangkan bagaimana ini boleh dilakukan,” kata Lee dalam sepucuk surat balas kepada Muft bertarikh 31 Mac sebagai menjawab surat kiriman  Dr Nazirudin pada 27 Mac. Mufti dalam suratnya menyambut baik pengumuman kerajaan baru-baru ini bahawa…

Read More

Vaksin Pfizer sesuai untuk remaja

PFIZER-BIONTECH mengumumkan bahawa vaksinnya 100 peratus berkesan terhadap koronavirus dalam kalangan remaja berusia 12 dengan 15 tahun, ketika ia berusaha mendapatkan kelulusan vaksinnya sebelum penggal persekolahan baharu . Dalam satu kenyataan, Pfizer memaklumkan uji kaji fasa ketiga yang dijalankan ke atas 2,260 remaja di Amerika Syarikat “menunjukkan keberkesanan 100 peratus dan respons antibodi menyeluruh. Susulan hasil uji kaji itu, Ketua Eksekutif Pfizer Albert Bourla berkata, pihaknya merancang untuk menyerahkan data ini kepada FDA (pengawal selia Amerika Syarikat) sebagai cadangan pindaan terhadap Kelulusan bagi Kegunaan Darurat. Beliau berharap dapat melakukannya  dalam…

Read More

Filipina catat 747,288 kes Covid-19

MANILA 31 Mac – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina melaporkan 6,128 kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan 747,288. Angka itu menunjukkan penurunan berbanding 9,296 kes yang dilaporkan semalam. Setakat pukul 4 petang ini juga, jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19 meningkat kepada 13,297 apabila 106 kematian baharu direkodkan. Bagaimanapun kes pesakit sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila 491 lagi pulih yang menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 603,746 atau 80.8 peratus. Kes aktif pula adalah 130,245 atau 17.4 peratus.

Read More

42 kes baharu di Thailand

BANGKOK 31 Mac – Thailand merekodkan 42 kes baharu Covid-19 yang melibatkan 24 kes tempatan dan 18 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 28,863. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, daripada 24 kes tempatan itu, 19 kes dilaporkan di hospital manakala lima lagi di dalam komuniti. Samut Sakhon mencatatkan 11 kes, Bangkok 10, dan Samut Prakan mencatatkan tiga kes yang semuanya melibatkan rakyat tempatan dan Myanmar. Terdapat tiga kes melibatkan mereka yang berusia 12 dan 14 tahun, di mana puncanya dari anggota keluarga yang keluar bekerja dan tidak menyedari dijangkiti.…

Read More

Akhirnya kehadiran orang ketiga ‘rosakkan’ MN

SEGALA persoalan sudah terjawab. Hasrat UMNO untuk bersendirian menghadapi pilihan raya umum (PRU) hampir tercapai. Muafakat Nasional (MN) akan tinggal nama. Barisan Nasional (BN) pula belum pasti. Hakikatnya masa ‘berbulan madu’ UMNO-Pas atas nama MN sudah berlalu.nMN yang dikatakan lahir atas air mata perpaduan hanya bertahan separuh jalan. Mungkin air mata itu sudah kering. Ketika Pas dilihat boleh menjadi jambatan perpaduan, parti itu lebih selesa memilih rakan yang tidak memudaratkan. Benarlah kehadiran ‘orang ketiga’ dalam kehidupan lebih menimbulkan masalah. Niat murni MN ‘rosak’ dengan kehadiran orang ketiga atas nama Parti…

Read More

PKPD Henry Gurney dilanjut

KUALA LUMPUR 31 Mac – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka yang dijadualkan tamat pada 2 April ini dilanjutkan sehingga 16 April. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan 1,277 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatifnya sebanyak 63 kes positif Covid-19 direkodkan. Katanya, masih terdapat peningkatan kes baharu yang dilaporkan di lokaliti dan sebanyak 101 baki sampel ujian saringan sedang menunggu keputusan. Kerajaan turut melanjutkan PKPD di Kilang YTY dan Asrama Pekerja, Lekir, Sitiawan, Perak bermula…

Read More

Kluster baharu meningkat

PUTRAJAYA 31 Mac – Kementerian Kesihatan  memaklumkan terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan tujuh kluster tempat kerja, lima kluster komuniti, dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi. Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 31 Mac 2021: Jumlah kluster : 1,372 kluster; Jumlah kluster baharu : 13 kluster; Jumlah kluster yang telah tamat : 1,002 kluster (termasuk 12 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Utarid, Kluster Jalan Ulu Choh, Kluster Jalan Wawasan 16, Kluster Jalan PKNK 3/3, Kluster Parit Haji Khamis, Kluster Taman Mawar, Kluster Pulau Rusa,…

Read More