6,971 kes harian di Indonesia

JAKARTA 5 Mac –  Kes jangkitan harian hari ini meningkat kepada 1,368,098 kes selepas 6,971 lagi kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam, sejak 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini.

Angka kes positif itu mengatasi kes sembuh yang merekodkan 6,331 kes menjadikan jumlah kumulatif kesembuhan 1,182,687..

Lima wilayah merekodkan kes positif tertinggi iaitu Jawa Barat 1,786 kes dan kumulatifnya 219,940, Jakarta 1,159 (346,975), Jawa Tengah 949 (156,757), Banten 515 (30,192) dan Jawa Timur 404 (131,450).

Sementara bagi kes sembuh pula, Jawa Barat merekodkan 1,698 orang dan kumulatifnya 181,128 orang, Jakarta 1,168 (333,848), Kalimantan Timur 514 ( 49,422), Jawa Timur 476 (119,181) dan Jawa Tengah 291 (107,109).

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 129 pesakit meninggal dunia dan kumulatifnya mencapai 37,026 kematian atau kasus atau 2.7 peratus dari keseluruhan pesakit yang positif.

Lima wilayah yang merekodkan kematian tertinggi adalah Jakarta sebanyak 45 kes dengan kumulatifnya 5,712 kes diikuti Jawa Timur 19 (9,257), Jawa Tengah 11 (6,742), Jawa Barat tujuh (2,514) dan Kalimantan Timur tujuh (1,340).

Jumlah kes aktif yang dilaporkan hari ini adalah 511 dengan jumlah keseluruhan 148,356 kes atau 10.8 peratus.

Bagi program vaksinasi Covid-19 pula,  jumlah penerimanya meningkat kepada 2,413,615 berikutan 127,492 lagi individu menerima suntikan vaksin manakala yang menerima vaksin kedua adalah 1,114,537.

Related posts

Leave a Comment