26,241 kes baharu, 25,641 sembuh

BANGKOK 5 Mac – Thailand merekodkan 79 kes baharu Covid-19 hari ini yang melibatkan  65 kes jangkitan tempatan dan 14 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 26,241 kes.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, 43 kes tempatan dikesan dalam komuniti dan 22 kes di hospital di empat wilayah semalam.

Wilayah Samut Sakhon merekodkan 50 kes baharu di mana 38 kes melibatkan 30 warga Myanmar dan lapan Thai dikesan dalam komuniti manakala 12 kes lagi iaitu tujuh Myanmar dan lima Thai dilaporkan di hospital.

Pathum Thani pula merekodkan lapan kes, iaitu tiga di hospital dan lima dalam komuniti, Bangkok enam kes di hospital dan Chan Buri satu kes di hospital.

Daripada 14 kes import, sebanyak 12 kes dikuarantin sejurus tiba dari Slovenia (1), Amerika Syarikat (1), Rusia(1), Emiriyah Arab Bersatu (3), Jerman(1), Itali (3), Libya (1) dan Afrika Selatan (1).

Dua lagi adalah wanita Thai berusia 23 dan 24 tahun yang pulang dari Myanmar melalui sempadan ke wilayah Tok

Sementara itu 25,641 (98%) kes dilaporkan sembuh termasuk 79 yang pulih dalam tempoh 24 jam manakala 515 lagi masih di hospital.

Related posts

Leave a Comment