Kluster : 8 tempat kerja, 1 keagamaan

PUTRAJAYA 5 Mac – Masih ada kluster baharu dikesan hari ini apabila 10 kluster baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,187 kluster di mana daripada jumlah itu, 699 tamat dan 488 masih aktif.

Sepuluh klister yang direkodkan hari ini melibatkan lapan kluster berkaitan tempat kerja dan masing-masing satu kluster yang melibatkan keagamaan dan komuniti.

Sementara 12 kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Ceram, Kluster Jalan Selayang, Kluster Kampung Bukit Biah, Kluster Kota, Kluster Bukit Belimbing, Kluster Bandar Teknologi, Kluster Bercham Raya, Kluster Taman Muhibbah, Kluster Kampung Kemansur, Kluster Jalan Mokhtar, Kluster Jalan Jubilee, dan Kluster Jalan Enam Belas.

Sebanyak 69 kluster merekodkan  pertambahan kes baharu pada hari ini dan antara kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Batu Empat (310 kes), Kluster Kampung Nyatoh (72 kes), dan Kluster Perusahaan Jalan Bukit (51 kes).

Berikut 10 kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER KAMPUNG NYATOH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan dan daerah Gombak di Selangor. Tiga kes dalam kluster ini (iaitu kes ke-296511, kes ke-300097, dan kes ke-308185) dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 27 Februari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang di Kampung Nyatoh, Rantau, Seremban. Sehingga 5 Mac, sejumlah 193 individu disaring, di mana 74 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN ZAMRUD

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 5 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Zamrud Utama, Kajang, Hulu Langat. Sehingga 5 Mac , sejumlah 629 individu disaring, di mana 21 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN DATO SELLATHEVAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 4 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Dato Sellathevan, Kampung Jawa, Klang. Sehingga 5 Mac, sejumlah 150 individu disaring, di mana 21 kes dikesan positif.

  • KLUSTER INDUSTRI CHERAS JAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 5 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Cheras Jaya, Hulu Langat. Sehingga 5 Mac, sejumlah 36 individu disaring, di mana 14 kes dikesan positif.

  • KLUSTER MERANTI UTAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 3 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Meranti Utama, Sepang. Sehingga 5 Mac, sejumlah 157 individu disaring, di mana 11 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PERUSAHAAN 10

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 25 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Lorong Perusahaan 10, Prai Industrial Estate, Seberang Perai Tengah. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 372 individu disaring, di mana 57 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN SENU

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Larut, Matang, dan Selama di Perak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-285447) dilaporkan positif Covid-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan pra pembedahan. Kluster ini melibatkan sebuah aktiviti ceramah keagamaan yang berlangsung pada 19 Februari 2021 di Jalan Senu, Kampung Repoh, Batu Kurau. Sehingga 5 Mac, sejumlah 52 individu disaring, di mana 10 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN MUTIARA BARAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Petaling dan Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 15 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya berhampiran Jalan Mutiara, Cheras. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 86 individu disaring, di mana 17 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PERSIARAN ALAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-285057) dilaporkan positif Covid-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang berhampiran Jalan Persiaran Alam, Cheras. Sehingga 5 Mac, sejumlah 43 individu disaring, di mana 17 kes dikesan positif.

  • KLUSTER KUALA PUNTEH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Keningau di Sabah. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-296961) dilaporkan positif Covid-19 pada 27 Februari 2021 hasil saringan masuk wad. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan di mana kes-kes berlaku iaitu di Kampung Kuala Punteh, Keningau. Sehingga 5 Mac, sejumlah 132 individu disaring, di mana 25 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment