3,045 kes baharu di Filipina

MANILA 5 Mac – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 3,045 kes baharu Covid-19 hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan 587,704 kes.

Setakat pukul 4 petang ini juga, 19 lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada peningkatan kematian kepada 12,423 orang atau 2.11 peratus daripada keseluruhan kes.

Sebanyak 178 pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 535,207 orang atau 91.1 peratus.

Kes aktif pula sebanyak 40,074 atau 6.8 peratus daripada keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment