Ada peningkatan kes di Selangor

JIKA semalam 630 kes, hari ini 5 Mac, SELANGOR menambah kes harian baharu menjadi  794 kes (36.9 peratus), angka tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

Daripada jumlah ini, sebanyak 666 kes (83.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covif-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 463 kes (21.5 peratus) dan Sarawak sebanyak 250 kes (11.6 peratus).

  • Selangor: 794 kes 
    • 243 kes daripada kluster-kluster, termasuk 59 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Zamrud, Kluster Jalan Dato Sellathevan, Kluster Industri Cheras Jaya, Kluster Meranti Utama, dan Kluster Kampung Nyatoh;
    • 423 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 126 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 463 kes  
    • 354 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 63 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 46 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 250 kes
    • 54 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 113 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 83 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 119 kes 
    • 61 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Perusahaan 10;
    • 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment