Singapura lepasi 60,000 kes

SINGAPURA 5 Mac – Singapura merekodkan sembilan kes baharu Covid-19 kesemua nya kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan 60,007.

Menurut Kementerian Kesihatan, semua kes import itu telah dikenakan notis duduk di rumah sebaik tiba di Singapura.

Sehingga 4 Mac, seramai 59,857 telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan telah discaj dari hospital atau kemudahan komuniti di sini. 

Sehingga kini, 29 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 di Singapura.

Related posts

Leave a Comment