2,154 kes baharu, 6 kematian

PUTRAJAYA 5 Mac – Jumlah kes jangkitan Covid-19 meningkat kepada 2,154 kes berbanding yang direkodkan semalam sebanyak 2,063 menjadikan jumlah keseluruhan kini 310,097 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak lima kes import dikesan yang menerima jangkitan daripada luar negara.

Kes sembuh pula adalah sebanyak 3,275 menjadikan kes keseluruhan yang sembuh meningkat kepada 286,904 kes.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 menjadi 22,034 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan, kes kematian baharu terus meningkat sebanyak enam kes menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 1,159 kes.

Sebanyak81 kes (3.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (39), Kluster Penjara Jalan Harapan (13 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (11 kes), Kluster Telok Mas (6 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (6 kes), Kluster Tembok Taiping (4 kes), Kluster Damai Pelangi (1 kes), dan Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes).

Kes-kes kematian hari ini melibatkan lima kes di Selangor, dan satu di Kedah. Kesemua kes melibatkan warganegara.

Setakat ini, sebanyak 184 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 87 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes sembuh kini telah meningkat sebanyak 3,275 kes berikutan pertambahan kes sembuh hari ini sebanyak 286,904 kes.

Related posts

Leave a Comment