KOTA KINABALU 1 Mac – Jika benar ada ‘surat peletakan jawatan’ atas sebab melompat parti, adakah ia boleh diterima sebagai mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ? Dan pilihan raya kecil (PRK) boleh diadakan? Ini persoalan menarik apabila Parti Warisan Sabah (Warisan) mendakwa wakil rakyatnya menandatangani surat peletakan jawatan sebelum menerima watikah pelantikan sebagai calon pilihan raya negeri (PRN) yang lalu. Warisan akan menghantar surat ‘peletakan jawatan’ Hassan A Gani Pangiran Amir kepada Yang di-Pertua DUN Sabah, esok bagi mengotakan ikrarnya untuk melepaskan jawatan sebagai Adun Sebatik jika melompat parti.…
Read MoreDay: March 1, 2021
Saudi rekod 377,700 kes Covid-19
RIYADH 1 Mac – Arab Saudi merekodkan 317 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas yang membawa kepada jumlah kumulatif 377,700. Kementerian Kesihatan turut merekodkan enam lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 6,500 kematian. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 335 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 368,640 orang. Sementara itu Riyadh mencatatkan kes jangkitan harian tertinggi dengan 142 kes diikuti daerah Timur 72 dan Makkah 45. Kes aktif pula adalah 2,560 di mana 492 kritikal.
Read MoreSingapura lapor 12 kes baharu
SINGAPURA 1 Mac – Sebanyak 12 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 59,948. Menurut Kementerian Kesihatan kesemua kes import itu dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik saja mereka tiba di Singapura. Kes turut melibatkan seorang lelaki, 46, Penduduk Tetap (PR) Singapura yang tiba dari India dan merupakan satu-satunya kes bergejala. Lelaki itu mengalami simptom jangkitan Covid-19 pada 28 Februari dan disahkan dijangkiti koronavirus pada hari yang sama. Kes-kes import yang lain termasuk dua pemegang pas kerja yang tiba dari Myanmar…
Read MoreKes sembuh atasi kes harian
JAKARTA 1 Mac – Kes pesakit sembuh melebihi 1.1 juta orang manakala jumlah kes jangkitan positif Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 1.3 juta orang. Angka kesembuhan kumulatif meningkat kepada 1,151,915 atau 85.9 peratus berikutan 9,212 lagi pesakit dilaporkan pulih. Bagi kes positif baharu, sebanyak 6,680 kes dilaporkan yang menyumbang kepada jumlah kumulatif 1,341,314. Turut menunjukkan peningkatan adalah kes kematian yang kini 36,325 atau 2.7 peratus daripada keseluruhan kes termasuk 159 orang meninggal dunia hari ini. Jumlah kes aktif atau pesakit yang masih memerlukan rawatan pula adalah 2,691 kes hari ini…
Read MoreFilipina mula program vaksinasi
MANILA 1 Mac – Filipina memulakan program vaksinasi hari ini ketika negara itu terus mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19 iaitu sebanyak 2,037 kes . Setakat pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan merekodkan kes kumulatif meningkat kepada 578,381 kes dengan empat meninggal dunia menjadikan 12,322 kematian. Sebanyak 86 pesakit pulih dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 534,351 atau 92.4 peratus. Sementara itu program vaksinasi menggunakan vaksin Sinovac dari China yang tiba semalam bermula hari ini. Ketua Pengarah FDA (Food and Drug Administration Philippines) Dr. Rolando Enrique Domingo antara penerima pertama vaksin…
Read MoreLima lagi kluster tempat kerja
PUTRAJAYA 1 Mac – Tujuh kluster dilaporkan hari ini yang melibatkan lima kluster berkaitan tempat kerja, dan masing-masing satu kluster komuniti dan kumpulan berisiko tinggi menjadikan jumlah kluster 1,145. Sebanyak 10 lagi kluster tamat hari ini iaitu Kluster Pasir Barat, Kluster Sri Suria, Kluster Nilam Tiga, Kluster Persiaran Sabak, Kluster Tembok Kemus, Kluster Intan Delima, Kluster Pengerang Utara, Kluster Sungai Purun, Kluster Lapangan Siber, dan Kluster Bedayan. Ini menjadikan jumlah kluster tamat 657 dan 488 masih aktif. Pada masa yang sama, sebanyak 82 kluster menambah kes dan antara yang mencatatkan…
Read MoreKes harian Selangor juga turun
JOHOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 490 kes (26.8 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 453 kes (92.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor yang menunjukkan penurunan kes harian kepada 453 kes (24.8 peratus) dan Sarawak sebanyak 220 kes (12.0 peratus). Johor: 490 kes 402 kes daripada kluster-kluster, termasuk 363 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kempas Tiga, Kluster Kampung Sungai Burung, dan Kluster Jalan Wawasan 12; 51 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;…
Read MoreKes harian turun
PUTRAJAYA 1 Mac – Kes baharu Covid-19 di negara ini menurun kepada 1,828 kes berbanding 2,437 kes semalam menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara kini adalah 302,580 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya, daripada jumlah kes baharu hari ini, 1,821 kes merupakan penularan dalam negara manakala tujuh kes import. Sebanyak 113 kes (6.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (80 kes), Kluster Telok Mas (7 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (7 kes), Kluster Tembok Taiping (6 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (5 kes),…
Read MoreThailand catat 80 kes baharu
BANGKOK 1 Mac – Thailand merekodkan 80 lagi kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah kumulatif 26,031 kes. Jumlah kematian kekal 83. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 36 kes adalah hasil pengesanan aktif, 28 melalui laporan hospital dan 16 kes import. Antara kawasan yang merekodkan kes adalah Pathum Thani sebanyak 35 kes, Tak (3), Bangkok (2), Nakhon Pathom (2), Chonburi (1) dan Ratchaburi (1) Kes import pula adalah ketibaan dari Nigeria, United Kingdom, Qatar, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu, Switzerland, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat. Sementara itu kes sembuh pula meningkat…
Read MorePKR kekal tanding kerusi ‘dikhianati’
KULIM 1 Mac – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan kekal bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) termasuk kerusi yang dikhianati wakil rakyat yang keluar atau dipecat. Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu dibuat selepas rundingan berhubung pembahagian kerusi PRU-15 membabitkan komponen Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai PKR, Amanah dan DAP. Beliau juga memberitahu antara kawasan Parlimen atau cabang PKR yang menunjukkan peningkatan ketara keahlian adalah di Gombak dan Ampang yang sebelum ini dipimpin dua bekas pemimpin tertinggi…
Read More