Filipina mula program vaksinasi

MANILA 1 Mac – Filipina memulakan program vaksinasi hari ini ketika negara itu terus mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19 iaitu sebanyak 2,037 kes .

Setakat pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan merekodkan kes kumulatif meningkat kepada 578,381 kes dengan empat meninggal dunia menjadikan 12,322 kematian.

Sebanyak 86 pesakit pulih dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 534,351 atau 92.4 peratus.

Sementara itu program vaksinasi menggunakan vaksin Sinovac dari China yang tiba semalam bermula hari ini.

Ketua Pengarah FDA (Food and Drug Administration Philippines) Dr. Rolando Enrique Domingo antara penerima pertama vaksin itu.

Related posts

Leave a Comment