Thailand catat 80 kes baharu

BANGKOK 1 Mac – Thailand merekodkan 80 lagi kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah kumulatif 26,031 kes. Jumlah kematian kekal 83.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 36 kes adalah hasil pengesanan aktif, 28 melalui laporan hospital dan 16 kes import.

Antara kawasan yang merekodkan kes adalah Pathum Thani sebanyak 35 kes, Tak (3), Bangkok (2), Nakhon Pathom (2), Chonburi (1) dan Ratchaburi (1)

Kes import pula adalah ketibaan dari Nigeria, United Kingdom, Qatar, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu, Switzerland, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat.

Sementara itu kes sembuh pula meningkat kepada 25,324 termasuk 196 kes yang dilaporkan hari ini.

Sebanyak 624 kes masih dalam rawatan.

Related posts

Leave a Comment