Kes harian turun

PUTRAJAYA 1 Mac  – Kes baharu Covid-19 di negara ini menurun kepada 1,828 kes berbanding 2,437 kes semalam menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara kini adalah 302,580 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, daripada jumlah kes baharu hari ini, 1,821 kes merupakan penularan dalam negara manakala tujuh kes import.

Sebanyak 113 kes (6.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (80 kes), Kluster Telok Mas (7 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (7 kes), Kluster Tembok Taiping (6 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (5 kes), Kluster Tembok Bendera (4 kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (3 kes), dan Kluster Tembok Bukit Besi (1 kes),

“Kes sembuh harian pula adalah 2,486 kes, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh setakat hari ini sebanyak 275,903 kes,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 198 kes pula dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 90 daripadanya  memerlukan bantuan alat pernafasan.

Lima kematian dicatatkan melibatkan warga tempatan yang kesemuanya mempunyai penyakit kronik  berumur dalam lingkungan 32 hingga 81 tahun, menjadikan jumlah kumulatif maut akibat pandemik itu kini 1,135 orang.

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing dua kes di Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta satu kes di Melaka. Kesemua kes melibatkan warganegara.

Related posts

Leave a Comment