PKR kekal tanding kerusi ‘dikhianati’

KULIM 1 Mac – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan kekal bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) termasuk kerusi yang dikhianati wakil rakyat yang keluar atau dipecat.

Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu dibuat  selepas rundingan berhubung pembahagian kerusi PRU-15 membabitkan komponen Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai PKR, Amanah dan DAP.

Beliau juga memberitahu antara kawasan Parlimen atau cabang PKR yang menunjukkan peningkatan ketara keahlian adalah di Gombak dan Ampang yang sebelum ini dipimpin dua bekas pemimpin tertinggi parti itu,Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.

“Minggu lepas saya mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Keadilan di ibu pejabat parti, saya telah meminta laporan post mortem khusus daripada beberapa Pgarlimen yang berkenaan dan saya sangat berpuas hati terutama macam Ampang dan Gombak.

“Saya sebut bahawa setiap minggu parti akan meluluskan permohonan keanggotaan, agak menarik permohonan anggota baharu yang paling ramai antaranya dari Ampang dan Gombak, makna bila keluar (parti) macam itu, lebih ramai orang masuk,” tambah beliau.selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sungai Ular, di sini..

Related posts

Leave a Comment