Singapura lapor 12 kes baharu

SINGAPURA 1 Mac – Sebanyak 12 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 59,948.

Menurut Kementerian Kesihatan kesemua kes import itu dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik saja mereka tiba di Singapura.

Kes turut melibatkan seorang lelaki, 46, Penduduk Tetap (PR) Singapura yang tiba dari India dan merupakan satu-satunya kes bergejala.

Lelaki  itu mengalami simptom jangkitan Covid-19 pada 28 Februari dan disahkan dijangkiti koronavirus pada hari yang sama.

Kes-kes import yang lain termasuk dua pemegang pas kerja yang tiba dari Myanmar dan Filipina.

Turut terlibat  sembilan pemegang permit kerja yang tiba dari Bangladesh, India, Indonesia, Malaysia dan Myanmar.

Setakat tengah hari ini juga, tujuh lagi kes dilaporkan sembuh dan secara keseluruhannya, seramai 59,830 orang pulih sepenuhnya

Ketika ini  terdapat 20 kes yang masih dirawat di hospital dan, sebahagian besar dalam keadaan stabil atau beransur pulih, manakala seorang dirawat dalam unit rawatan rapi.

Related posts

Leave a Comment