Kes harian Selangor juga turun

JOHOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 490 kes (26.8 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 453 kes (92.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Selangor yang menunjukkan penurunan kes harian kepada 453 kes (24.8 peratus) dan Sarawak sebanyak 220 kes (12.0 peratus).

  • Johor: 490 kes  
    • 402 kes daripada kluster-kluster, termasuk 363 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kempas Tiga, Kluster Kampung Sungai Burung, dan Kluster Jalan Wawasan 12;
    • 51 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 36 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Selangor: 453 kes 
    • 113 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Melati dan Kluster Desa Empat;
    • 234 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 105 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 220 kes
    • 18 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 84 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 118 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Negeri Sembilan: 167 kes
    • 139 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment