Lima lagi kluster tempat kerja

PUTRAJAYA 1 Mac – Tujuh kluster dilaporkan hari ini yang melibatkan lima kluster berkaitan tempat kerja, dan masing-masing satu kluster  komuniti dan kumpulan berisiko tinggi menjadikan jumlah kluster 1,145.

Sebanyak 10 lagi kluster tamat hari ini iaitu Kluster Pasir Barat, Kluster Sri Suria, Kluster Nilam Tiga, Kluster Persiaran Sabak, Kluster Tembok Kemus, Kluster Intan Delima, Kluster Pengerang Utara, Kluster Sungai Purun, Kluster Lapangan Siber, dan Kluster Bedayan.

Ini menjadikan jumlah kluster tamat 657 dan 488 masih aktif.

Pada masa yang sama, sebanyak 82 kluster menambah kes dan antara yang mencatatkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Jalan Kempas Tiga (334 kes), Kluster Industri Sungai Gadut (128 kes), dan Kluster Tembok Tapah (80 kes).

Tujuh kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah :

  • KLUSTER DESA EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 24 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Desa Coalfields, Sungai Buloh, Kuala Selangor. Sehingga 1 Mac, sejumlah 28 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN MELATI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kedai serbaneka di Jalan Melati, Kuang, Gombak. Sehingga 1 Mac, sejumlah 16 individu disaring, di mana tujuh kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN KEMPAS TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 25 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja dua buah kilang di Kawasan Perindustrian Bakri, Muar. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja di mana penularan kes berlaku iaitu di Jalan Kempas 3, Kawasan Perindustrian Bakri, Muar. Sehingga 1 Mac, sejumlah 592 individu disaring, di mana 344 kes dikesan positif.

  • KLUSTER KAMPUNG SUNGAI BURUNG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kampung Sungai Burung, Pekan Nanas, Pontian. Sehingga 1 Mac, sejumlah 93 individu disaring, di mana 22 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN WAWASAN 12

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Wawasan 12, Batu Pahat. Sehingga 1 Mac, sejumlah 118 individu disaring, di mana tujuh kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN CEMPEDAK

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-281235) dilaporkan positif Covid-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas di Jalan Cempedak, Sentul, Kepong. Sehingga 1 Mac, sejumlah 30 individu disaring, di mana 10 kes dikesan positif.

  • KLUSTER BUKIT MARAK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Bachok  di Kelantan. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-274772) dilaporkan positif Covid-19 pada 18 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster diambil berdasarkan lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Bukit Marak, Kota Bharu. Sehingga 1 Mac, sejumlah 310 individu disaring, di mana 66 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment