Kes sembuh atasi kes harian

JAKARTA 1 Mac – Kes pesakit sembuh melebihi 1.1 juta orang manakala jumlah kes jangkitan positif Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 1.3 juta orang.

Angka kesembuhan kumulatif meningkat kepada 1,151,915 atau 85.9 peratus berikutan 9,212 lagi pesakit dilaporkan pulih.

Bagi kes positif baharu, sebanyak 6,680 kes dilaporkan yang menyumbang kepada jumlah kumulatif 1,341,314.

Turut menunjukkan peningkatan adalah kes kematian yang kini 36,325 atau 2.7 peratus daripada keseluruhan kes termasuk 159 orang meninggal dunia hari ini.

Jumlah kes aktif atau pesakit yang masih memerlukan rawatan pula adalah 2,691 kes hari ini manakala jumlah keseluruhan 153,074 kes.

Sementara itu Jakarta merekodkan angka tertinggi bagi kes sembuh iaitu 3,620,  kes positif harian 2,058 dan 45 kematian.

Jawa Barat merekodkan 1,692 kes sembuh diikuti Jawa Tengah 893, Kalimantan Timur 501 serta  Jawa Timur 457.

Bagi kes positif pula, Jawa Barat menambahkan 1.662 kes, Jawa Tengah 657, Kalimantan Timur 437, serta Jawa Timur 657.

Jawa Timur pula merekodkan 30 kematian diikuti Jawa Tengah 14, Kalimantan Timur 10 dan Bali lapan kes.

Mengenai penerima vaksin, setakat ini jumlah meningkat kepada 1,720,523 orang berikutan 28,799 lagi diberi suntikan.

Related posts

Leave a Comment