66.4 juta rakyat AS disuntik vaksin

WASHINGTON 25 Feb. – Amerika Syarikat sudah menyuntik 66,464,947 dos vaksin Covid-19 pada penduduk negara itu setakat pagi semalam, 24 Februari dan mengagihkan 88,669,035 dos. Jumlah itu adalah bagi vaksin keluaran Moderna dan Pfizer/BioNTech, setakat 6 pagi waktu tempatan semalam. Menurut perangkaan yang dimuat naik pada 23 Februari, sebanyak 65,032,083 dos vaksin sudah disuntik dan 82,114,370 dos diagihkan. Sebanyak 45,237,143 penduduk sudah diberikan satu atau lebih dos, sementara 20,607,261 penduduk sudah mendapatkan dos kedua setakat Rabu. Secara keseluruhannya, 6,724,310 dos vaksin sudah diberikan di kemudahan-kemudahan jagaan jangka panjang.

Read More

Lebih 600,000 daftar vaksinasi

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Sejak pendaftaran vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dibuka secara rasmi melalui aplikasi MySejahtera semalam, seramai 637,000 individu telah mendaftar sebagai penerima menerusi medium tersebut setakat 9 malam. Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Dr Mahesh Appannan berkata pada masa ini aplikasi berkenaan dilihat sebagai medium paling berkesan untuk menyebarkan maklumat mengenai Covid-19 termasuk program vaksinasi. Aplikasi MySejahtera sekarang mempunyai hampir 21 juta pengguna unik dan setiap hari  hampir 18 hingga 20 juta check-in. Beliau berkata demikian pada program Ruang Bicara terbitan Bernama…

Read More

Kes di Arab Saudi cecah 353

RIYADH 24 Feb. – Kes jangkitan baharu Covid-19 di Arab Saudi kini mencecah angka 350 apabila merekodkan 353 kes selepas hampir dua minggu bertahan antara 300 hingga 350 kes jangkitan harian. Menurut fakta Kementerian Kesihatan sebelum ini, angka 353 pernah dicatatkan pada 12 Februari lalu dan kemudiannya turun kepada 337 seterusnya kurang daripada jumlah itu dengan catatan tertinggi 335 semalam. Setakat ini jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 376,021 manakala kematian pula meningkat kepada 6,475 termasuk lima lagi pesakit yang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas. Kementerian juga mengumumkan 280…

Read More

Jumlah kes di Filipina 566,420

MANILA 24 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina melaporkan 1,557 kes tambahan Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan 566,420 kes. Setakat pukul 4 petang ini, jumlah pesakit yang meninggal dunia adalah 22 orang yang membawa kepada jumlah kumulatif 12,129 kematian manakala 30,970 adalah kes aktif. Kes sembuh pula meningkat kepada 523,321 orang atau 92.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes apabila 392 lagi pesakit dilaporkan pulih.

Read More

Indonesia tambah 7,533 kes baharu

JAKARTA 24 Feb. – Indonesia menambah 7,533 kes baharu positif Covid-19 hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,306,141 kes. Jumlah pesakit yang meninggal dunia pula bertambah sebanyak 240 kes dan kumulatifnya mencapai 35,254 kes atau 2.7 peratus daripada jumlah kes. Angka kes sembuh pula mencecah 1,112,725 kes atau 85.2 peratus termasuk kes sembuh hari ini sebanyak 7,735. Lima wilayah menambah kes sembuh harian tertinggi di mana Jakarta merekodkan 2,443 orang, diikuti Jawa Barat 1,379, Jawa Tengah 569, Jawa Timur 548 dan Kalimantan Timur 541 orang. Jawa Barat menambah 2,191…

Read More

93 kes baharu di Thailand

BANGKOK 24 Feb. – Thailand mengumumkan 93 kes baharu Covid-19 yang meliputi 71 jangkitan tempatan dan 22 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 25,692 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 59 kes dikesan di hospital manakala 12 lagi dalam komuniti. Wilayah Samut Sakhon melaporkan 56 kes di mana 51 disahkan di hospitals melibatkan 37 warga Thai, 13 Myanmar dan seorang Lao manakala lima lagi kes warga Thai dikesan dalam masyarakat. Sementara itu Pathum Thani merekodkan tujuh kes, Ayutthaya lima kes, Bangkok dua kes, Nonthaburi satu kes. Kes import pula…

Read More

Tujuh kes baharu di Singapura

SINGAPURA 24 Feb. – Tujuh kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini termasuk satu kes tempatan yang melibatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang bekerja dengan seorang kru kabin Singapore Airlines dan suaminya yang sebelum ini diuji positif. Menurut Kementerian Kesihatan, wanita berusia 35 tahun itu dikenal pasti sebagai kontak rapat kru kabin SIA itu dan dikuarantin pada 9 Februari. Keputusan ujian swab dan serologi yang diambil pada hari yang sama adalah negatif. Dia mengalami batuk pada 20 Februari semasa menjalani kuarantin, namun tidak melaporkannya. Beliau diuji sekali lagi pada 22…

Read More

Lapan kluster baharu, 8 tamat

PUTRAJAYA 24 Feb. – Lapan kluster baharu dan lapan kluster tamat direkodkan hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan kluster meningkat kepada 1,103 manakala 594 kluster tamat. Kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Jalan Rasah, Kluster Kampung Bombalai, Kluster Kampung Paya Siput, Kluster Guntong Luar, Kluster Kota Muhibbah, Kluster Tapak Bina Cyber, Kluster Tapak Bina Pelangi, dan Kluster Jalan Mutiara. Jumlah kluster aktif pula 509 kluster di mana 78 kluster menunjukkan pertambahan kes termasuk Kluster Industri Sungai Gadut (1,338 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Segambut (174 kes), dan Kluster Jalan…

Read More