66.4 juta rakyat AS disuntik vaksin

WASHINGTON 25 Feb. – Amerika Syarikat sudah menyuntik 66,464,947 dos vaksin Covid-19 pada penduduk negara itu setakat pagi semalam, 24 Februari dan mengagihkan 88,669,035 dos.

Jumlah itu adalah bagi vaksin keluaran Moderna dan Pfizer/BioNTech, setakat 6 pagi waktu tempatan semalam.

Menurut perangkaan yang dimuat naik pada 23 Februari, sebanyak 65,032,083 dos vaksin sudah disuntik dan 82,114,370 dos diagihkan.

Sebanyak 45,237,143 penduduk sudah diberikan satu atau lebih dos, sementara 20,607,261 penduduk sudah mendapatkan dos kedua setakat Rabu.

Secara keseluruhannya, 6,724,310 dos vaksin sudah diberikan di kemudahan-kemudahan jagaan jangka panjang.

Related posts

Leave a Comment