Lapan kluster baharu, 8 tamat

PUTRAJAYA 24 Feb. – Lapan kluster baharu dan lapan kluster tamat direkodkan hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan kluster meningkat kepada 1,103 manakala 594 kluster tamat.

Kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Jalan Rasah, Kluster Kampung Bombalai, Kluster Kampung Paya Siput, Kluster Guntong Luar, Kluster Kota Muhibbah, Kluster Tapak Bina Cyber, Kluster Tapak Bina Pelangi, dan Kluster Jalan Mutiara.

Jumlah kluster aktif pula 509 kluster di mana 78 kluster menunjukkan pertambahan kes termasuk Kluster Industri Sungai Gadut (1,338 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Segambut (174 kes), dan Kluster Jalan Pelabuhan (164 kes).

Berikut lapan kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan tujuh berkaitan tempat kerja dan satu melibatkan komuniti :

  • KLUSTER JALAN ENAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19  bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan SU 6A, Shah Alam. Sehingga 24 Februari, sejumlah 173 individu disaring, di mana 15 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN ULU CHOH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di Johor.  Dua kes dalam kluster ini (iaitu kes ke-281733 dan kes ke-281771) dilaporkan positif Covid-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilang di  Jalan Ulu Choh, Pekan Nenas, Pontian. Sehingga 24 Februari, sejumlah 190 individu disaring, di mana 34 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PERINDUSTRIAN LUKUT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 24 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Lukut, Kota Tinggi. Sehingga 24 Februari, sejumlah 239 individu disaring, di mana 28 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN DATO YUNUS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 24 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Dato Yunus Sulaiman, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 24 Februari, sejumlah 30 individu disaring, di mana lapan kes dikesan positif.

  • KLUSTER SINSINGON

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Nabawan di Sabah.  Tiga kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-286780, kes ke-286781, dan kes ke-286782) dilaporkan positif Covid-19 pada 23 Februari 2021 hasil saringan kemasukan ke asrama. Kluster ini melibatkan satu majlis pengebumian di Kampung Sinsingon, Nabawan yang berlangsung di antara 17 hingga 20 Februari dan turut dihadiri oleh kes-kes indeks. Sehingga 24 Februari, sejumlah 106 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PASAR BIDOR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batang Padang di Perak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-197607) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan dilaporkan positif Covid-19 pada 28 Februari 2021. Kes indeks juga merupakan seorang peniaga pasar di Bidor, Batang Padang. Sehingga 24 Februari, sejumlah 112 individu disaring, di mana 25 kes dikesan positif.

  • KLUSTER LORONG BAKAU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 24 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Kawasan Perusahaan Perabot, Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan. Sehingga 24 Februari, sejumlah 297 individu disaring, di mana 50 kes dikesan positif.

  • KLUSTER VISTA HILIR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Timur Laut dan Barat Daya di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 15 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang terletak di Hilir Sungai Kluang 2, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 24 Februari, sejumlah 154 individu disaring, di mana 35 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment