93 kes baharu di Thailand

BANGKOK 24 Feb. – Thailand mengumumkan 93 kes baharu Covid-19 yang meliputi 71 jangkitan tempatan dan 22 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 25,692 kes.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 59 kes dikesan di hospital manakala 12 lagi dalam komuniti.

Wilayah Samut Sakhon melaporkan 56 kes di mana 51 disahkan di hospitals melibatkan 37 warga Thai, 13 Myanmar dan seorang Lao manakala lima lagi kes warga Thai dikesan dalam masyarakat.

Sementara itu Pathum Thani merekodkan tujuh kes, Ayutthaya lima kes, Bangkok dua kes, Nonthaburi satu kes.

Kes import pula yang dikuarantin adalah dari Iran (1), Bahrain (1), Jepun (4), Jerman (1),  Emiriyah Arab Bersatu (12 wanita Thai ), Kuwait (1), Pakistan (1) dan Uganda (1).

Daripada 25,692 kes, sebanyak 24,542 (95.5%) dilaporkan pulih termasuk  96 yang sembuh hari ini manakala 1,067 masih menerima rawatan di hospital.

Jumlah kematian pula kekal 83.

Related posts

Leave a Comment