SELANGOR menunjukkan penurunan dengan merekodkan 581 kes baharu ketika jiran selatannya, Negeri Sembilan mencatatkan 1,392 kes. Ini diikuti Kuala Lumpur 381 kes, Sarawak 353 dan Johor 318 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Industri Sungai Gadut melaporkan sebanyak 1,338 kes pada hari ini. Kluster ini melibatkan sebuah kilang pembuatan produk kayu yang terletak di Kawasan Perindustrian Sungai Gadut KM 11, Seremban. Jumlah kes dalam kluster sehingga 24 Februari 2021 adalah 1,432 kes melibatkan 318 warganegara dan 1,114 bukan warganegara. Kluster ini telah dikenal pasti pada 22 Februari…
Read MoreMonth: February 2021
3,331 sembuh 3,545 kes baharu
PUTRAJAYA 24 Feb. – Selepas dua hari angka jangkitan tidak mencecah 3,000 kes, hari ini jumlah kes baharu meningkat kepada 3,545 berbanding semalam 2,468 dan sebelumnya 2,169. Satu kes import dilaporkan sementara satu kluster di Negeri Sembilan menjadi penyumbang besar iaitu sebanyak 1,338 kes. Jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 291,774 manakala 12 kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif meninggal dunia sebanyak 1,088 orang Sebanyak 29 kes (0.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Sungai Udang (14 kes), Kluster Tembok Pengkalan…
Read MoreDewan Rakyat boleh bersidang
KUALA LUMPUR 24 Feb. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai atas nasihat Perdana Menteri. Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, perkara ini termaktub di dalam sub perenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri. Katanya, Al-Sultan Abdullah bertitah tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan…
Read More4 petugas antara penerima awal
PUTRAJAYA 24 Feb. – Empat petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan menjadi antara penerima awal vaksin Covid-19 bersama-sama dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Mereka ialah Clement A/L Marai Francis, seorang pemandu di Pejabat kesihatan Putrajaya, Khairul Asraf Mohd Yasin, Penolong Pegawai Perubatan di PKD Putrajaya, Dr Tan Yee Ling, Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Presint 9 dan Sheilla Mellisa Sikin, Jururawat di Klinik Kesihatan Presint 9.. Bermula hari ini, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula secara rasminya di seluruh negara. Jabatan Kesihatan Negeri (JKN)…
Read MorePM terima suntikan vaksin Covid-19
PUTRAJAYA 24 Feb. – Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sekali lagi menyeru rakyat mendokong usaha kerajaan melaksanakan program vaksinasi bagi menentukan negara kita dalam satu tempoh dalam masa yang singkat akan bebas Covid-19. Justeru beliau menyeru rakyat Malaysia mendaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk segera mendapatkan vaksin PUTRAJAYA 24 Feb. – Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sekali lagi menyeru rakyat mendokong usaha kerajaan melaksanakan program vaksinasi bagi menentukan negara kita dalam satu tempoh dalam masa yang singkat akan bebas Covid-19. Justeru beliau menyeru rakyat Malaysia mendaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk segera mendapatkan vaksin tersebut.…
Read MoreThailand terima 200,000 dos vaksin
BANGKOK 24 Feb. – Thailand hari ini menerima 200,000 dos vaksin Covid-19 keluaran syarikat Sinovac Life Sciences Co of China. Pesawat Thai Airways yang membawa vaksin itu tiba dari Beijing di Lapangan Terbang Suvarnabhumi kira-kira pukul 10.05 pagi ini dan disambut Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha. Vaksin itu akan disimpan hingga Jumaat ini sebelum diedar pada hari Sabtu di hospital tertentu sebelum vaksinasi bermula Isnin. Mereka yang diutamakan termasuk para pekerja kesihatan dengan kesemuanya bakal menerima vaksin itu, dalam masa tiga hari. Lebih separuh daripada 200,000 dos vaksin itu sudah diperuntukkan…
Read MoreTujuh kes baharu di Singapura
SINGAPURA 24 Feb. – Tujuh kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini termasuk satu kes tempatan yang melibatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang bekerja dengan seorang kru kabin Singapore Airlines dan suaminya yang sebelum ini diuji positif. Menurut Kementerian Kesihatan, wanita berusia 35 tahun itu dikenal pasti sebagai kontak rapat kru kabin SIA itu dan dikuarantin pada 9 Februari. Keputusan ujian swab dan serologi yang diambil pada hari yang sama adalah negatif. Dia mengalami batuk pada 20 Februari semasa menjalani kuarantin, namun tidak melaporkannya. Beliau diuji sekali lagi pada 22…
Read MoreMedia Hari Ini 24.02.2021
327 kes jangkitan di Arab Saudi
RIYADH 23 Feb. – Arab Saudi mencatatkan 327 kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas yang menjadikan jumlah kumulatif 375,333 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), lima lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 yang membawa kepada 6,466 kematian. Kes pesakit sembuh pula meningkat kepada 366,412 orang termasuk 318 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini. Sementara itu Riyadh terus mencatatkan kes harian tertinggi dengan 174 kes diikuti daerah timur 69 kes dan daerah Makkah 31 kes. Bagi kes aktif pula, terdapat sedikit penurunan iaitu 2,455 kes di mana 497 kritikal.
Read MoreHanya empat kes di Singapura
SINGAPURA 22 Feb. – Hanya empat kes baharu Covid-19 direkodkan di Singapura hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 59,883 kes. Menurut Kementerian Kesihatan ( MoH), satu kes melibatkan seorang penghuni asrama manakala tiga lagi kes import. Kes penghuni asrama adalah seorang pekerja Bangladesh berusia 35 tahun yang menetap di sekitar Kranji Way dan kes ini tiada kaitan dengan kes lain sebelum ini. Tugas pekerja ini memerlukannya mengangkat barangan dan mengirimkannya ke tempat yang diperlukan tanpa perlu berinteraksi dengan pelanggan. Beliau dikesan menghidap koronavirus apabila hasil ujian terkumpul Covid-19 yang dijalani pada…
Read More