Kes di Arab Saudi cecah 353

RIYADH 24 Feb. – Kes jangkitan baharu Covid-19 di Arab Saudi kini mencecah angka 350 apabila merekodkan 353 kes selepas hampir dua minggu bertahan antara 300 hingga 350 kes jangkitan harian.

Menurut fakta Kementerian Kesihatan sebelum ini, angka 353 pernah dicatatkan pada 12 Februari lalu dan kemudiannya turun kepada 337 seterusnya kurang daripada jumlah itu dengan catatan tertinggi 335 semalam.

Setakat ini jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 376,021 manakala kematian pula meningkat kepada 6,475 termasuk lima lagi pesakit yang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas.

Kementerian juga mengumumkan 280 lagi kes pesakit sembuh  yang menjadikan jumlah pulih setakat ini 367,015

Sementara itu Riyadh mencatatkan kes jangkitan harian tertinggi dengan catatan 186 kes diikuti daerah Timur 67 kes dan Makkah 43 kes. Jumlah kes aktif pula 2,531 di mana 483 kritikal.

Related posts

Leave a Comment