Jumlah kes di Filipina 566,420

MANILA 24 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina melaporkan 1,557 kes tambahan Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan 566,420 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, jumlah pesakit yang meninggal dunia adalah 22 orang yang membawa kepada jumlah kumulatif 12,129 kematian manakala 30,970 adalah kes aktif.

Kes sembuh pula meningkat kepada 523,321 orang atau 92.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes apabila 392 lagi pesakit dilaporkan pulih.

Related posts

Leave a Comment