KUCHING 26 Feb. – Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Tun Openg hari ini menjadi antara individu terawal di Sarawak yang menerima suntikan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer, BioNTech. Ia sebagai simbolik kepada Pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Sarawak dengan fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan. Abang Johari menerima suntikan di Klinik Kesihatan Petra Jaya Kuching pada pukul 3.05 petang, pada Jumaat. Ia kemudiannya disusuli Timbalan Ketua Menteri, Awang Tengah Ali Hasan; ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Prof Dr Sim Kui Hian dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Chin Zin Hing.…
Read MoreMonth: February 2021
AS capai suntikan dos ke-50 juta
PRESIDEN Amerika Syarikat Joe Biden meraikan suntikan dos vaksin Covid-19 yang ke-50 juta. Pada majlis itu, empat orang pekerja hadapan, seorang kaunselor sekolah rendah dan seorang pekerja kedai runcit menerima vaksin yang disiarkan secara langsung melalui televisyen. Biden sebelum mengangkat sumpah jawatan Presiden AS berjanji akan memberi 100 juta suntikan kepada penduduk dalam tempoh 100 hari sebagai Presiden. Dan hari ini, dalam tempoh 37 hari jumlah itu mencecah 50 juta. Katanya pencapaian itu seminggu lebih awal daripada jadual walaupun menghadapi cabaran ribut musim sejuk baru-baru ini. Mengimbas kembali kenyataannya, ada…
Read MoreVarian baharu Covid-19
KETIKA angka kematian di New York mencecah 47,264 orang akibat Covid-19 dan kes positif meningkat kepada 1.6 juta kes, bandar raya itu mencatatkan satu lagi varian baharu Covid-19. Varian B.1.526 itu membawa mutasi yang boleh mengelak tindak balas sistem imun semula jadi badan selain memberi kesan kepada rawatan antibodi monoclonal. Dua kumpulan penyelidik yang menemui varian itu berkata ia telah merebak ke kawasan lain di timur laut Amerika Syarikat. Dalam perkembangan sama, California Institute of Technology dilapor membangunkan alat perisian bagi mengesan kes varian B.1.526 di New York. Kadar pengesanan…
Read MorePak Long terima vaksinasi Covid-19
KUALA LUMPUR 26 Feb. – Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob menerima suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Hospital Angkatan Tentera (HAT)Tuanku Mizan, Wangsa Maju, di sini, hari ini. Beliau menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan sekitar pukul 9.30 pagi oleh vaksinator Koperal Siti Maliah Sheikh Alwi. Ismail Sabri yang tiba sekitar pukul 9.09 pagi melalui lima stesen untuk menjalani proses vaksinasi tersebut. Ia termasuk melalui saringan gejala dan suhu dan stesen pemerhatian selepas diberikan suntikan vaksin Covid-19. Turut menerima suntikan pada hari ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ialah Timbalan Menteri…
Read MoreAwas denda langgar SOP RM10,000
INDIVIDU yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik Covid-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021. Perkara itu dinyatakan dalam Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang dimuat naik dalam portal rasmi Jabatan Peguam Negara. Ordinan itu turut menyatakan syarikat atau perbadanan yang melakukan kesalahan berkaitan SOP boleh didenda sehingga RM50,000. Warta itu menyebut bahawa suatu Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menurut Fasal (2B) Perkara…
Read MoreSatu juta daftar vaksinasi
SATU juta orang telah mendaftar sebagai penerima vaksin sejak pendaftaran vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dibuka secara rasmi melalui aplikasi MySejahtera pada 24 Februari. Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam ciapan di akaun Twitter miliknya pada awal pagi Jumaat (26 Februari) berkata lebih ramai petugas barisan hadapan akan menerima suntikan vaksin tersebut. Justeru, beliau turut menyeru kepada orang ramai untuk bersama-sama mengakhiri wabak ini dengan mendaftarkan diri untuk pengambilan vaksin Covid-19. Pendaftaran melalui Aplikasi MySejahtera antara lima kaedah pendaftaran secara dalam talian atau…
Read MoreSedekah….
Media Hari Ini 26.02.2021
356 kes baharu Arab Saudi
RIYADH 26 Feb. – Arab Saudi merekodkan 356 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes 376,377. Menurut Kementerian Kesihatan, lima kematian baharu direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 6,480 kes. Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 367,323 selepas 308 kes lagi dilaporkan sembuh hari ini manakala kes aktif sebanyak 2,574 di mana 473 kritikal. Sementara itu Riyadh merekodkan kes jangkitan tertinggi dengan merekodkan 180 kes diikuti daerah Timur 80 dan Makkah 37.
Read More1.4 juta terima vaksin, 1.3 juta positif
JAKARTA 25 Feb. – Penerima vaksin Covid-19 di Indonesia kini mencecah 1,461,920 ketika jumlah kumulatif kes jangkitan pula meningkat kepada 1,314,634 berikutan pertambahan 8,493 kes baharu. Kes pesakit meninggal dunia pula bertambah 264 orang menjadikan jumlah keseluruhan 35,518 kematian. Bagaimanapun kes sembuh pula setakat ini meningkat kepada 1,121,411 atau 85.3 peratus berikutan pertambahan 8,686 kes sembuh yang direkodkan hari ini. Lima wilayah yang merekodkan kes sembuh tertinggi adalah Jakarta dengan 2,320 kes diikuti Jawa Tengah 1.237, Jawa Barat 1,066, Kalimantan Timur 712 dan Jawa Timur 621 orang. Kes harian positif…
Read More