KUANTAN 26 Feb. – Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail menjadi individu terawal di Pahang yang menerima suntikan vaksin PfizerBioNTech, dos pertama di bawah Program Imunisasi Covid-19 Peringkat Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di sini hari ini. Wan Rosdy antara 115 individu termasuk Setiausaha Kerajaan Pahang, Dr Sallehuddin Ishak dan petugas barisan hadapan yang menerima suntikan dos pertama vaksin itu. Katanya, kerajaan negeri Pahang menyasarkan 70 peratus dari keseluruhan 1.67 juta penduduk negeri itu dapat divaksin menjelang Februari tahun depan sebagai usaha membendung penularan wabak…
Read MoreMonth: February 2021
Filipina catat 2,651 kes baharu
MANILA 26 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 2,651 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 571,327 kes Menurut DoH sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 46 pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada 12,247 kematian. Pada masa yang sama kes sembuh pula meningkat kepada 524,582 kes atau 91.8 peratus daripada jumlah kes. Jumlah sembuh hari ini adalah 561. Kes aktif pula sebanyak 34,498.
Read More45 kes baharu di Thailand
BANGKOK 26 Feb. – Thailand merekodkan 45 kes jangkitan baharu Covid-19 yang melibatkan 37 kes jangkitan tempatan dan lapan kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 25,809 kes. Sebanyak 32 kes disahkan di hospital dan lima melalui pengesanan aktif dalam masyarakat. Wilayah Samut Sakhon merekodkan 19 kes baharu di mana 14 disahkan di hospital yang melibatkan lapan warga Thai dan enam Myanmar) manakala lima kes warga Myanmar dikesan dalam masyarakat. Bangkok pula merekodkan tiga kes baharu iaitu dua warga Thaindan seorang Perancis. Kes lain dikesan di Nakhon Nayok (5 Thai),…
Read MorePKPB Sarawak dilanjut 15 Mac
KUALA LUMPUR 26 Feb. – Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak sehingga 15 Mac, kata Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob. Dalam satu kenyataan, Ismail Sabri berkata perkara itu diputuskan selepas penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati masih berlaku peningkatan kes Covid-19 di negeri itu. Sebanyak 2,623 kes direkodkan dalam tempoh 14 hari bermula 12 sehingga 25 Februari lalu. PKPB Sarawak sepatutnya berakhir pada 1 Mac nanti. “Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB…
Read MorePerak kedua tertinggi
SELANGOR masih mendahului jumlah kes jangkitan Covid-19 apabila merekodkan 633 kes baharu hari ini diikuti Perak 545 kes, Johor 276 dan Sarawak 250. Selangor: 633 kes o 143 kes daripada kluster-kluster, termasuk 35 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia, Kluster Teknologi Emas, Kluster Jalan Jenjarum, dan Kluster Bukit Putra; o 377 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; o Dua kes import dari luar negara; dan o 111 kes daripada lain-lain saringan Covid-19. • Perak: 545 kes o 539 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1)…
Read More6 bulan lagi rentas sempadan?
PUTRAJAYA 26 Feb. – Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan Malaysia mampu mencapai imuniti kelompok dalam tempoh enam hingga sembilan bulan, kata Ketua Pengarahnya, Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata , jika perkara itu berlaku, beberapa prosedur operasi standard (SOP) boleh dikaji semula termasuk membenarkan rentas sempadan. “Kita jangkakan dalam tempoh enam hingga sembilan bulan kita akan mendapat lebih banyak data. Kalau negara kita dan negara lain sudah mencapai imuniti kelompok, mungkin akan pertimbangkan (rentas sempadan), “ katanya. Katanya, perbincangan akan dijalankan dari masa ke masa tetapi yang penting ialah kita perlukan…
Read MoreKluster baharu 10, aktif 493
PUTRAJAYA 26 Feb. – Terdapat 10 kluster baharu dikenal pasti hari ini, yang melibatkan lapan kluster berkaitan tempat kerja dan dua kluster melibatkan komuniti. Ini menjadikan jumlah kluster setakat ini 1,121 tetapi 628 kluster telah tamat termasuk 16 hari ini, sementara kluster aktif pula 493. Kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Kompleks Segamaha, Kluster Tapak Bina Lebuh Puteri, Kluster Tapak Bina Flora, Kluster Taman Batik, Kluster Jalan Tengar, Kluster Jalan Slim, Kluster Kejaya, Kluster Ladang Sebrang. Kluster Bukit Gelugor, Kluster Jalan Kota Burok, Kluster Keluli Tujuh, Kluster Kampung Tanah…
Read More2,253 kes baharu, 3,085 sembuh
PUTRAJAYA 26 Feb. – Sebanyak 2,253 kes positif baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan itu 295,951 kes dengan 27,994 kes aktif. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 2,246 kes membabitkan penularan tempatan manakala tujuh kes import. Sebanyak 95 kes (4.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (54 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (28 kes), Kluster Telok Mas (6 kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (3 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (2 kes), Kluster Penjara…
Read MoreJawi…
Disuntik selepas solat Jumaat
PUTRAJAYA 26 Feb. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerima suntikan vaksin dos pertama Pfizer-BioNTech Covid-19 selepas solat Jumaat petang ini. Beliau menerima suntikan itu bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Ronald Kiandee di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Presint 11 WP Putrajaya. Dalam catatan Facebooknya, beliau menyeru rakyat Malaysia yang belum mendaftar untuk berbuat demikian melalui aplikasi MySejahtera serta mematuhi semua SOP yang ditetapkan untuk bersama-sama melandaikan lekuk dan memutuskan rantaian Covid-19. “Vaksinasi adalah selamat dan pastinya halal, insya-Allah. Semoga Allah SWT melindungi…
Read More