Abang Jo terima vaksin Covid-19

KUCHING 26 Feb. – Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Tun Openg hari ini menjadi antara individu terawal di Sarawak yang menerima suntikan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer, BioNTech.

Ia sebagai simbolik kepada Pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Sarawak dengan fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan.

Abang Johari menerima suntikan di Klinik Kesihatan Petra Jaya Kuching pada pukul 3.05 petang, pada Jumaat.

Ia kemudiannya disusuli Timbalan Ketua Menteri, Awang Tengah Ali Hasan; ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Prof Dr Sim Kui Hian dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Chin Zin Hing.

Mereka turut diberi taklimat penerimaan vaksin dan menandatangani borang persetujuan serta kebenaran vaksin.

Related posts

Leave a Comment