AS capai suntikan dos ke-50 juta

PRESIDEN Amerika Syarikat Joe Biden meraikan suntikan dos vaksin Covid-19 yang ke-50 juta.

Pada majlis itu, empat orang pekerja hadapan, seorang kaunselor sekolah rendah dan seorang pekerja kedai runcit menerima vaksin yang disiarkan secara langsung melalui televisyen.

Biden sebelum mengangkat sumpah jawatan Presiden AS berjanji akan memberi 100 juta suntikan kepada penduduk dalam tempoh 100 hari sebagai Presiden.

Dan hari ini, dalam tempoh 37 hari jumlah itu mencecah 50 juta.

Katanya pencapaian itu seminggu lebih awal daripada jadual walaupun menghadapi cabaran ribut musim sejuk baru-baru ini.

Mengimbas kembali kenyataannya, ada pengkritik yang mengatakan matlamatnya itu terlalu bercita-cita tinggi, tidak ada yang boleh melakukan, dan kemudian ada pula yang mengatakan ia terlalu kecil.

Related posts

Leave a Comment