Varian baharu Covid-19

KETIKA angka kematian di New York mencecah 47,264 orang akibat Covid-19 dan kes positif meningkat kepada 1.6 juta kes, bandar raya itu mencatatkan satu lagi varian baharu Covid-19.

Varian B.1.526 itu membawa mutasi yang boleh mengelak tindak balas sistem imun semula jadi badan selain memberi kesan kepada rawatan antibodi monoclonal.

Dua kumpulan penyelidik yang menemui varian itu berkata ia telah merebak ke kawasan lain di timur laut Amerika Syarikat.

Dalam perkembangan sama, California Institute of Technology dilapor membangunkan alat perisian bagi mengesan kes varian B.1.526 di New York.

Kadar pengesanan varian meningkat dari akhir Disember hingga Februari 2021 iaitu sebanyak 12.7 peratus dalam tempoh dua minggu lalu.

Ia mencetuskan kebimbangan susulan kes positif Covid-19 di Amerika Syarikat yang terus meningkat iaitu melebihi 28 juta jangkitan dan 508,000 kematian setakat ini.

Related posts

Leave a Comment