Satu juta daftar vaksinasi

SATU juta orang telah mendaftar sebagai penerima vaksin sejak pendaftaran vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dibuka secara rasmi  melalui aplikasi MySejahtera pada 24 Februari.

Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam ciapan di akaun Twitter miliknya pada awal pagi Jumaat (26 Februari) berkata lebih ramai petugas barisan hadapan akan menerima suntikan vaksin tersebut.

Justeru, beliau turut menyeru kepada orang ramai untuk bersama-sama mengakhiri wabak ini dengan mendaftarkan diri untuk pengambilan vaksin Covid-19.

Pendaftaran melalui Aplikasi MySejahtera antara lima kaedah pendaftaran secara dalam talian atau secara manual yang disediakan kerajaan untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Selain aplikasi MySejahtera, satu lagi kaedah secara dalam talian ialah melalui laman sesawang khas www.vaksincovid.gov.my.

Manakala bagi pendaftaran secara manual, orang ramai boleh mendaftar dengan menghubungi talian hotline atau hadir di fasiliti klinik kesihatan awam serta swasta atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Related posts

Leave a Comment