9 kluster baharu, tiga tamat

PUTRAJAYA 28 Feb. – Jumlah kluster meningkat kepada 1,138 apabila sembilan lagi kluster baharu direkodkan dan pada masa yang sama jumlah kluster tamat bertambah kepada 647 apabila tiga lagi tamat hari ini.

Tiga kluster yang tamat pada hari ini adalah Kluster Jalan Rami Tiga, Kluster Lingkaran Maluri, dan Kluster Sri Plentong).

Terdapat 491 kluster aktif di mana 89 menambah kes dan antara yang merekodkan kes baharu tertinggi hari ini adalah Kluster Perusahaan Jalan Bukit (262 kes), Kluster Tapak Bina Bukit Kiara (180) dan Kluster Jalan Tasek Avenue (166).

Sembilan kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini adalah :

  • KLUSTER JALAN TIMAH TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-281756) dilaporkan positif Covid-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Jalan Timah 3, Pasir Gudang Industrial Estate, Johor Bahru. Sehingga 28 Februari, sejumlah 255 individu disaring, di mana 31 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN TANJUNG EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 23 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Tanjung A/4, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 28 Februari, sejumlah 66 individu disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN DESA TROPIKA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 28 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Desa Tropika 1/1, Taman Perindustrian Tropika, Johor Bahru. Sehingga 28 Februari, sejumlah 21 individu disaring, di mana 10 kes dikesan positif.

  • KLUSTER BATU EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-284793) dilaporkan positif Covid-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Batu 4, Jalan Kluang, Batu Pahat. Sehingga 28 Februari, sejumlah 55 individu disaring, di mana lapan kes dikesan positif.

  • KLUSTER PERUSAHAAN JALAN BUKIT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 28 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Kawasan Perusahaan Bukit Angkat, Kajang, Hulu Langat. Sehingga 28 Februari, sejumlah 699 individu disaring, di mana 262 kes dikesan positif.

  • KLUSTER INDUSTRI WAJA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Waja 16, Kawasan Perindustrian Telok Panglima Garang, Kuala Langat. Sehingga 28 Februari, sejumlah 248 individu disaring, di mana 45 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN SELISIK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula 1 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Selisik, Shah Alam. Sehingga 28 Februari, sejumlah 32 individu disaring, di mana 17 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA BUKIT KIARA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula 25 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan  di Jalan Bukit Kiara 1, Kepong. Sehingga 28 Februari, sejumlah 250 individu disaring, di mana 181 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN SUNGAI BAONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 24 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Sungai Baong, Furniture Industrial Estate, Seberang Perai Selatan. Sehingga 28 Februari, sejumlah 93 individu disaring, di mana 40 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment