Tambahan 5,560 kes di Indonesia

JAKARTA 28 Feb. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Indonesia menunjukkan peningkatan apabila 5,560 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,334,634 kes.

Pertambahan kes berikutan pemeriksaan terhadap 35,434 spesimen dalam masa sehari dan setakat ini pemerintah memeriksa 10.799,191 spesimen melibatkan 7.194.252 orang. Setiap seorang boleh menjalani pemeriksaan spesimen lebih dari sekali.

Jumlah pesakit yang sembuh turut meningkat apabila 6,649 pesakit dilaporkan pulih yang menjadikan jumlah kumulatif sembuh 1,142,703.

Sebanyak 185 pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada 36,166 kematian,

Related posts

Leave a Comment