MB Kedah terima suntikan vaksin

ALOR SETAR 28 Feb. – Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor menjadi individu pertama di Kedah menerima suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech pada Program Suntikan Covid-19 di Wisma Darul Aman, hari ini.. Muhammad Sanusi merupakan antara enam individu yang menerima suntikan kira-kira pukul 5.05 petang ini. Turut menerima suntikan ialah Pengerusi Jawatan Kuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Dr Mohd Hayati Othman dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang dan tiga lagi petugas barisan hadapan. Muhammad Sanusi berharap rakyat Kedah bersedia untuk menerima suntikan vaksin dan tidak…

Read More

Keadilan kecam tindakan keluar parti

JOHOR BAHRU 28 Feb. – Wanita Keadilan Johor amat kecewa dengan tindakan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong yang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Ketua Wanita Keadilan Johor Napsiah Khamis berkata, tindakan Ketua Cabang Tebrau itu sangat  tidak bertanggungjawab kepada amanah rakyat dan undi rakyat yang selama ini memilih parti itu di  Tebrau. “Bertanding dan menang menggunakan logo dan lambang Keadilan dan rakyat juga memilih beliau disebabkan lambang Keadilan.  Pengkhianatan kepada undi rakyat ini adalah satu perkara yang paling hina,” kata Exco Wanita…

Read More

PKR ‘hilang’ dua kerusi Parlimen

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Politik Malaysia terus diwarnai keluar masuk parti atau popular dengan istilah lompat parti apabila dua ahli Parlimen PKR keluar parti dan menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Bagaimanapun Ahli Parlimen Julau Larry Sng dari Sarawak dan Ahli Parlimen Tebrau, Johor Steven Choong tidak menyertai mana-mana parti sebaliknya menjadi ahli Parlimen Bebas. Kedua-dua ahli Parlimen itu bertemu Muhyiddin hari ini untuk menyatakan keputusan mereka. Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin, Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan, termasuk Mohamad Azmin Ali,…

Read More

Vaksinasi Thailand bermula

BANGKOK 28 Feb. – Thailand memulakan kempen vaksinasi Covid-19 dengan dos pertama diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul yang juga Menteri Kesihatan di Bamrasnaradura Institute, sebuah institusi penyakit berjangkit. Dr Yong Poovorawan, profesor perubatan, Fakulti Perubatan Chulalongkorn memberi suntikan dos pertama vaksin Sinovac keluaran China itu. Turut sama menerima vaksin adalah Timbalan Menteri Kesihatan, Sathit Pitutecha, Menteri Kebudayaan  Ittipol Khunpluem, Timbalan Menteri Pelajaran Kanokwan Wilawan dan Setiausaha Tetap Kesihatan Dr Kiatiphum Wongrajit, serta pegawai kesihatan dan kumpulan perubatan “Saya berharap vaksinasi itu akan mengelakkan orang ramai daripada terkena jangkitan…

Read More

2 juta penduduk Auckland berkurung

PENDUDUK Auckland sekali lagi dikenakan perintah berkurung bagi mengekang penularan varian UK iaitu genap setahun New Zealand mencatatkan kes pertama Covid-19 di negara itu. Kira-kira 2 juta penduduk terkesan dengan perintah berkurung selama tujuh hari itu yang diumumkan Perdana Menteri Jacinda Ardern. Langkah berkenaan diambil susulan satu kes baharu dikesan yang didapati telah dijangkiti selama seminggu namun tidak menjalani kuarantin. ‘Kemungkinan akan ada beberapa kes baharu berkaitan kes ini,” jelas Arden dalam sidang media pada Sabtu. Perintah berkurung tahap tiga ini susulan perintah kekal di rumah selama tiga hari yang…

Read More

Vaksinasi Pulau Pinang bermula

GEORGETOWN 28 Feb. – Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang bermula hari ini apabila Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, menjadi individu terawal di negeri ini menerima suntikan vaksin Covid-19 hari ini. Kon Yeow menerima suntikan pertama di Auditorium Hospital Pulau Pinang, Kompleks Rawatan Harian (ACC), Hospital Pulau Pinang kira-kira pukul 10.25 pagi Ahad. Beliau disuntik oleh Penyelia Jururawat HPP, Matron Hafizah Hamzah. Jabatan Kesihatan negeri sebelum ini memaklumkan program berkenaan bakal dipecahkan kepada tiga fasa membabitkan tempoh pelaksanaan selama setahun. Sasaran adalah meliputi 70 peratus, iaitu 1.3 juta…

Read More

Pakej Covid-19 AS$1.9 trilion

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berharap Dewan Senat dapat meluluskan segera pakej bantuan pandemik Covid-19 bernilai AS$1.9 trilion (RM77 trilion) bagi membantu rakyat negara itu. “Kini, rang undang-undang itu perlu dibahaskan di Dewan Senat yang mana saya berharap ia akan mendapat keputusan secepatnya,” kata Presiden AS, Joe Biden. Beliau mengulas keputusan Dewan Perwakilan AS  meluluskan pakej bantuan pandemik Covid-19 itu di mana undian diluluskan dengan 219 menyokong sementara 212 menentang. Rang undang-undang tersebut kini perlu dibahaskan di Dewan Senat. Senat sebelum ini dilaporkan menolak salah satu elemen penting…

Read More

Dipecat selepas kecam junta tentera

SELEPAS mengkritik hebat junta tentera yang merampas kuasa, Duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Kyaw Moe Tun dipecat berikutan kelantangannya bersuara di badan dunia itu pada Sabtu, 26 Februari 2021. Menurut stesen televisyen negara itu,  MRTV,  duta itu berucap bukan mewakili Myanmar di pertubuhan itu. Moe Tun didakwa telah menyalahgunakan kuasa serta tanggungjawabnya sebagai seorang duta besar di badan dunia itu. Beliau telah mengkhianati negara dan dilucutkan jawatannya oleh junta tentera. Dalam ucapan penuh emosi, duta itu berkata, tiada pihak yang harus bekerjasama dengan kerajaan junta sehingga kuasa dikembalikan…

Read More