Selangor kembali tambah kes

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 914 kes (37.5 peratus) berbanding 862 kes semalam.

Daripada jumlah ini, sebanyak 823 kes (90.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 340 kes (14.0 peratus) dan Perak sebanyak 337 kes (13.8 peratus).

  • Selangor: 914 kes 
    • 430 kes daripada kluster-kluster, termasuk 307 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Perusahaan Jalan Bukit, Kluster Industri Waja, dan Kluster Jalan Selisik;
    • 393 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 90 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 340 kes  
    • 192 kes daripada kluster-kluster, termasuk 44 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Batu Empat, Kluster Jalan Timah Tiga, Kluster Jalan Tanjung Empat, dan Kluster Jalan Desa Tropika;
    • 69 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 79 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 337 kes  
    • 227 kes daripada kluster-kluster, termasuk 180 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Bukit Kiara;
    • 59 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 51 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Perak: 287 kes
    • 279 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment