322 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 28 Feb. – Arab Saudi merekodkan 322 kes jangkitan baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 377,383 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam juga, enam lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia 6,494.

Di samping itu, sebanyak 294 kes dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada 368,305 pesakit pulih selepas menjalani rawatan.

Sementara itu Riyadh merekodkan 167 kes jangkitan diikuti daerah Timur 66 dan Makkah 37 kes.

Kes aktif pula 2,584 di mana 481 kritikal.

Related posts

Leave a Comment