70 kes baharu di Thailand

BANGKOK 28 Feb. – Thailand merekodkan 70 kes baharu Covid-10 yang melibatkan 62 kes jangkitan tempatan dan lapan import yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 25,951.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, secara keseluruhan Samut Sakhon merekodkan 49 kes, 11 di  Pathum Thani dan masing-masing satu di Chon Buri dan Nakhon Pathom.

Kes import pula yang dikuarantin sejurus tiba di negara ini adalah tiga dari Emiriyah Arab Bersatu, dua dari Jerman dan masing-masing satu dari Kanada, Switzerland dan Amerika Syarikat.

Sebanyak 106 lagi pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 25,128 manakala 740 masih mendapatkan rawatan.

Sementara itu seramai 159 penduduk di Samut Sakhon, kawasan paling teruk terjejas dalam gelombang baharu Covid-19 pada Disember lalu, dijadual menerima suntikan pertama vaksin berkenaan.

Mereka dikategorikan golongan berisiko tinggi termasuk kakitangan awam tempatan, petugas kesihatan dan pekerja asing.

Related posts

Leave a Comment