Kes baharu Arab Saudi 441

RIYADH 13 Nov. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi kembali mencecah lebih 400 kes apabila 441 kes bahru direkodkan berbanding 311 kes semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan itu jumlah kumulatif kini adalah 352,601 kes dengan kes aktif 7,408 di mana 804 kritikal. Sebanyak 20 lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kumulatif 5,625 kematian. Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 454 kes dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih 339,568 atau 96.30 peratus Sementara itu Riyadh merekodkan  59 kes diikuti Madinah dan Makkah…

Read More

5,444 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 13 Nov.- Indonesia merekodkan 5,444 kes positif baharu Covid-19 hari ini, kes harian tertinggi yang membawa jumlah keseluruhan 457,735 kes dengan kes aktif pula 57,604. Jawa Tengah mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu 1.362 kes, provinsi Jakarta 1,033, Jawa Barat 801, Kalimantan Timur 277 dan Jawa Timur 239. .Sebanyak 104 pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah kumulatifnya 15.037 kematian. Jawa Tengah merekodkan 32 pesakit meninggal dunia, provinsi Jakarta 16, Jawa Timur 12 dan Jawa Barat tujuh, Sementara itu, kes sembuh yang direkodkan hari ini adalah 3,010 kes yang menjadikan jumlah…

Read More

Solat Jumaat di Australia

UMAT Islam di Australia menunaikan solat Jumaat berjemaah buat pertama kali sejak Mac, dengan mematuhi penjarakan fizikal. Solat Jumaat di Masjid Meadow Heights, Melbourne itu dilaksanakan dengan lima kumpulan, setiap kumpulan 50 orang..  Kali terakhir masjid berkenaan mengadakan solat Jumaat  pada 13 Mac lalu, sebelum ia ditangguhkan sementara berikutan pandemik Covid-19. Meadow Heights adalah antara kawasan berpenduduk padat di Melbourne. Jemaah perlu membawa sejadah masing-masing dan mematuhi jarak fizikal. Penutupan masjid pada Mac itu adalah yang pertama kali dalam sejarah Australia.

Read More

Sabah catat 556 kes baharu

KOTA KINABALU 13 Nov. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan 556 kes positif baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 22,323 kes. Satu kematian dicatatkan di daerah Tuaran manakala seramai 447 pesakit Covid-19 telah sembuh Seramai 2,472 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 663 orang di hospital dan 1,809 orang di PKRC. Bilangan pesakit dalam ICU ialah 66 orang dan 24 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Dua kluster baharu dilaporkan di daerah Sandakan iaitu Kluster Jambatan B sebanyak 30 kes; dan Kluster Bonggaya sebanyak 46 kes. Daripada 556 kes positif…

Read More

65 kluster kaitan tempat kerja

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Sebanyak 65 kluster atau 41.1 peratus daripada 158 kluster aktif Covid-19 adalah berkaitan dengan tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Sebanyak 5,681 kes positif yang berkaitan kluster tempat kerja ini adalah melibatkan 3,369 atau 59.3 peratus warganegara manakala 2,312 atau 40.7 peratus bukan warganegara. “Ini adalah hasil tindakan proaktif majikan yang turut sama menjalankan saringan Covid-19 terhadap pekerja-pekerja mereka,” katanya. Tindakan ini dapat mengekang penularan Covid-19 dalam komuniti dan seterusnya membantu KKM dalam menjalankan aktiviti kesihatan awam. Hal ini sekali gus dapat melindungi individu-individu yang…

Read More

Empat kluster baharu

PUTRAJAYA 13 Nov. – Sebanyak 48 kluster aktif termasuk empat kluster baharu melaporkan kes baharu. Secara keseluruhan, 191 kes baharu dikesan dalam kluster Tapak Bina Damanlela. Susulan itu, Kuala Lumpur melaporkan 201 kes baharu tempatan hari ini, 13 November 2020. Empat kluster baharu direkodkan hari ini iaitu dua di Sandakan, Sabah dan masing-masing satu di Kuching Sarawak dan Jasin, Melaka. Kluster Bonggaya di Sandakan, membabitkan kes indeks (ke-28154) hasil saringan komuniti pada 27 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent. Saringan kontak rapat mengesan 45 lagi kes positif Covid-19…

Read More

Tiga negeri tiada kes baharu

PUTRAJAYA 13 Nov. – Tiga negeri iaitu Perlis, Pahang dan Terengganu tidak melaporkan sebarang kes baharu hari ini sementara Sabah masih mendahului dengan merekodkan 556 kes baharu. Bagaimanapun, jika digabung tiga negeri di kawasan Lembah Klang iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur,  jumlah jangkitan melebihi 600 kes, mengatasi jumlah kes Sabah. Selangor mencatatkan kes kedua tertinggi iaitu 361, Kuala Lumpur 201, Negeri Sembilan 83 dan Putajaya satu kes. Pulau Pinang merekodkan 42 kes, Sarawak, Perak dan Melaka masing-masing 13 kes, Kedah dan Kelantan masing-masing merekodkan lima kes, Labuan empat dan Johor…

Read More

1,304 kes baharu 1 kematian

PUTRAJAYA, 13 Nov. – Kes baharu Covid -19 hari ini kembali mencatatkan empat angka apabila jumlah kes hari ini meningkat kepada 1,304 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Ini menjadikan bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah  11,822 kes, manakala jumlah kes pulih pula sebanyak 900 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 32,069 kes. Daripada 1,304 kes baharu hari ini, 1,300 merupakan kes penularan dalam negara, sementara bakinya kes import iaitu  mereka yang tiba dari negara Arab Saudi (3) dan Mesir (1). Terdapat satu kes kematian melibatkan lelaki warga emas dari Sabah, menjadikan kes kematian keseluruhan…

Read More

3 penumpang satu kereta

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Kerajaan bersetuju membenarkan tiga orang daripada satu keluarga berada dalam sebuah kereta ketika keluar rumah, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, kelonggaran di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) itu sama seperti yang diberikan kepada kenderaan e-hailing dan teksi, dua penumpang dan satu pemandu. “Oleh kerana kita benarkan dua tambah satu dalam e-hailing, iaitu tiga orang dalam setiap kenderaan awam, maka kita samakan jumlah, tiga orang untuk setiap kenderaan. Beliau berkata, langkah itu dibuat selepas mendengar pandangan dan juga permohonan daripada orang…

Read More

Vaksin Australia siap 2021

MENTERI Kesihatan Australia, Greg Hunt mengumumkan vaksin Covid-19 yang sedang dibangunkan oleh University Queensland dan CSL kini akan memulakan tahap terakhir ujian, Katanya, ujian awal terhadap vaksin Covid-19 itu didapati selamat dan menghasilkan tindak balas antibodi positif “Vaksin itu melakukan tugasnya. Terutama kepada golongan tua dan itu sangat penting memandangkan golongan paling berisiko peringkat global ialah warga tua,” kata Hunt seperti dilapor media Australia. Sekiranya ujian fasa terakhir lulus, Hunt berkata ia akan siap dan diedarkan pada suku ketiga tahun 2021. Australia telah bersetuju untuk membeli 51 juta dos dari…

Read More