232 kes di Arab Saudi

RIYADH 30 Nov. – Arab Saudi sekali lagi merekodkan kes jangkitan Covid-19 di bawah 300 kes apabila mencatatkan 232 kes dalam tempoh 24 jam. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan itu, jumlah kumulatif kes setakat ini adalah 357,360 kes. Sebelum ini pada Ahad, 29 November, Arab Saudi merekodkan 217 kes dan pada Sabtu pula sebanyak 220 kes. Hari ini, sebanyak 12 lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 5,896 kematian. Kes aktif pula 4,662 di mana 659 kritikal. Sebanyak 393 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kes pulih meningkat…

Read More

Singapura 5, Thailand 21

SINGAPURA merekodkan lima kes baharu baru Covid-19 setakat tengah hari Isnin (30 November), menjadikan jumlah kes meningkat kepada  58,218 kes. Satu daripadanya merupakan kes jangkitan tempatan manakala empat lagi kes import. Tiada kes baharu dikesan di dormitori pekerja asing.. Dua jangkitan tempatan dilaporkan pada hujung minggu lalu selepas 876 orang diuji melalui ujian pemantauan masyarakat ke atas pegerai di dalam dan sekitar Pusat Tekka. Salah seorang merupakan wanita tempatan, 60 tahun yang menjual daging kambing di Pasar Tekka, manakala satu lagi kes melibatkan pemegang permit kerja dari India. Tiada kematian…

Read More

Selangor catat 402 kes baharu

SELANGOR melaporkan 402 kes baharu di mana 213 daripada jumlah tersebut dilaporkan di dalam kluster-kluster termasuklah sembilan kes baharu yang dilaporkan dalam kluster baharu (Jalan Lapan dan Batu Sembilan). Klang mendahului dengan 228 kes diikuti Hulu Langat 72, Petaling 60, Gombak dan Sepang masing-masing 12, Kuala Selangor 7, Hulu Selangor 3 dan tiada kes di Sabak Bernam.

Read More

Lima lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 30 Nov. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan tiga lagi kluster baharu Covid-19 yang membabitkan Kuala Lumpur, Selangor dan Johor, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata kluster pertama iaitu Kluster Jalan Lapan melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor dan daerah Cheras, Kepong, Titiwangsa selain Lembah Pantai di Kuala Lumpur. Kes indeks kluster itu (kes ke-59,246) dilaporkan positif Covid-19 pada 25 November lepas hasil saringan individu bergejala. Sehingga hari ini, 306 individu telah disaring dengan 25 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini. Beliau berkata kluster kedua iaitu Kluster Batu…

Read More

Selangor dahului negeri lain

SELANGOR mendahului jumlah jangkitan Covid-19 dengan mencatatkan 402 kes diikuti Sabah 326 dan Negeri Sembilan 141. Di Selangor, 204 kes dari kluster sedia ada, sembilan kes kluster baharu (Jalan Lapan dan Batu Sembilan), 95 saringan kontak rapat, 90 lain-lain saringan dan empat import. Sabah merekodkan 111 kes dari kluster sedia ada, 146 saringan kontak rapat dan 69 lain-lain saringan. Negeri Sembilan pula merekodkan 125 kes dari kluster sedia ada, enam saringan kontak rapat dan 10 lain-lain saringan Kuala Lumpur merekodkan 119 kes di mana 84 dari kluster sedia ada, 10 kluster…

Read More

1,212 jangkitan, 2,112 sembuh

KUALA LUMPUR, 30 Nov. – Masih kekal dengan empat angka, Malaysia merekodkan 1,212 kes baharu jangkitan Covid-19 manakala kes sembuh pula mencecah 2,112. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu, 1,203 kes adalah penularan tempatan, dan sembilan adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 65,697 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 10,578 kes. Sementara jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah 54,759 kes, iaitu 83.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.…

Read More

Lima lagi PKPD mulai 1 Dis.

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) akan dilaksanakan di Zon A, Taman Klebang Jaya dan Taman Pinji Mewah, Ipoh bermula 1 Disember 2020 sehingga 14 Disember 2020 Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, di Taman Klebang Jaya melibatkan 1,061 buah rumah dengan seramai 4,244 penduduk manakala Taman Pinji Mewah 1,430 buah rumah dan 44 unit kedai/pejabat dengan 5,720 penduduk Katanya, PKPD juga dikenakan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga, Sandakan bermula 2 Disember sehingga 15 Disember 2020 melibatkan 1,209 individu terdiri daripada 1,104 tahanan…

Read More

PRK Gerik, Bugaya dirujuk

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempertimbang untuk mencadangkan pengisytiharan darurat di Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah sekiranya kawasan itu mempunyai risiko penularan Covid-19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan berkata keputusan itu akan dibuat selepas merujuk kepada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Katanya,  perkara ini di bawah peruntukan Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan dibenarkan sekiranya Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa sesuatu kawasan atau keseluruhan Malaysia ini boleh diisytiharkan darurat. “Ini termasuklah apa yang dibuat dalam proses Pilihan Raya Kecil (PRK)…

Read More

Produk Gardenia naik harga

KUALA LUMPUR: Beberapa produk keluaran Gardenia Bakeries Sdn Bhd (GBKL) bakal menyaksikan peningkatan harga sehingga RM0.20 sen bermula 1 Disember. Menurut kenyataan syarikat itu lagi, peningkatan harga itu bermula dari RM0.05 sen melibatkan produk roti seperti Gardenia Squiggles – Funky Strawberry, Choco Malto, Gardenia Delicia Soft Roll – Butter Toffee, Sambal Bilis dan Gardenia Fluffy Red Beans. Sementara itu, bagi kenaikan harga RM0.20 sen pula melibatkan produk roti The Gardenia Toast’em, Delicia Butter Raisin, Butterscotch, Choco Raisin dan Raspberry Milk & Cranberries. “Semakan harga ini dibuat kerana kenaikan harga bahan…

Read More

RUU : 105 sokong, 95 tolak

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerusi undian belah bahagi dengan 105 menyokong manakala 95 tidak menyokong sementara 20 ahli Parlimen lagi tidak hadir. Perkara itu dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun kira-kira pukul 2.30 petang. Keputusan itu dibuat selepas sidang ditempohkan selama 10 minit bagi membolehkan undian dijalankan termasuk memberi masa kepada Ahli Parlimen untuk masuk ke dalam dewan. Ia adalah sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang hanya membenarkan hanya 80 ahli Parlimen…

Read More