Kes baharu Arab Saudi 441

RIYADH 13 Nov. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi kembali mencecah lebih 400 kes apabila 441 kes bahru direkodkan berbanding 311 kes semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan itu jumlah kumulatif kini adalah 352,601 kes dengan kes aktif 7,408 di mana 804 kritikal.

Sebanyak 20 lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kumulatif 5,625 kematian.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 454 kes dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih 339,568 atau 96.30 peratus

Sementara itu Riyadh merekodkan  59 kes diikuti Madinah dan Makkah masing-masing 56 kes dan Jeddah 26 kes.

Related posts

Leave a Comment