Sabah catat 556 kes baharu

KOTA KINABALU 13 Nov. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan 556 kes positif baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 22,323 kes.

Satu kematian dicatatkan di daerah Tuaran manakala seramai 447 pesakit Covid-19 telah sembuh

Seramai 2,472 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 663 orang di hospital dan 1,809 orang di PKRC. Bilangan pesakit dalam ICU ialah 66 orang dan 24 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Dua kluster baharu dilaporkan di daerah Sandakan iaitu Kluster Jambatan B sebanyak 30 kes; dan Kluster Bonggaya sebanyak 46 kes.

Daripada 556 kes positif Covid-19 hari ini, sebanyak 199 kes (35.79%) adalah dari Daerah Tawau, Kota Kinabalu, Tuaran dan Sandakan yang berpunca dari saringan kontak rapat. Selebihnya iaitu 357 kes adalah dari lain-lain kategori.

Daerah Sandakan merekodkan kes tertinggi sebanyak 223 kes. Daripada jumlah ini, 87 kes adalah daripada saringan kontak rapat.

Manakala, 33 kes daripada Kluster Bonggaya, 31 kes Kluster Karamunting, 18 kes Kluster Jambatan 2, 17 kes Kluster Mesra, 16 kes Kluster Samudera, tiga kes Kluster Penjara, dua kes Kluster Tinusa, satu kes saringan komuniti, enam daripada saringan bergejala, satu kes Sign Off dan lapan kes daripada saringan sebelum bekerja.

Related posts

Leave a Comment