9 tan gading gajah dimusnah

SINGAPURA : Sempena Hari Gajah Sedunia hari ini, 12 Ogos 2020, kerajaan Singapura memusnahkan sembilan tan gading gajah bernilai SG$18 juta (RM54 juta), hasil  rampasan terbesar sejak beberapa tahun lalu termasuk yang diseludup. Gading gajah itu dianggarkan diambil daripada 300 ekor gajah Afrika. Menurut Lembaga Taman Negara Singapura, operasi memusnahkan gading itu dilakukan menggunakan pemecah batu industri, bermula semalam yang memerlukan masa antara tiga hingga lima hari untuk menghancurkan semua gading yang dirampas antara 2014 dan 2019 itu, sebelum dibakar. Langkah menghancurkan gading itu bagi mengelakkannya memasuki semula pasaran gelap…

Read More

Lebih 20 juta dijangkiti

JUMLAH kes jangkitan Covid-19 melepasi angka 20 juta dengan kematian pula mencecah 738,668 orang sementara jumlah pesakit yang sembuh pula kini 12,452,126. Data Johns Hopkins University menunjukkan, daripada 20,188,678 kes yang dicatatkan sehingga 7.30 pagi ini, Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 5,138,850 kes dan 164,480 kematian. Ini diikuti Brazil yang mencatatkan 3,057,470 kes dengan kematian sebanyak 101,752. India pula merekodkan 2,268,675 kes, diikuti Rusia 895,691, Afrika Selatan 566,109, Mexico 485,836 dan Peru 483,133. Lima buah negara merekodkan lebih 300,000 kes iaitu Colombia 397,623, Chile 376,616, Iran 331,189, Sepanyol 326,612 dan United Kingdom 313,394.…

Read More

Dua watak bersemuka isu TH

BERAKHIRKAH polemik Tabung Haji (TH) apabila dua ‘watak utama’ isu TH bersemuka di satu pentas dalam program anjuran Sinar Harian pada Jumaat, 14 Ogos ini? Semalam di Parlimen dua watak itu, Mujahid Yusof dan Azeez Rahim ‘bertikam lidah’ berhubung isu TH. Sebelum ini pun, kedua-dua watak ini, Mujahid sebagai bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menjaga TH dan Azeez bekas Pengerusi TH sering ‘bertekak’ di Parlimen apabila timbul isu berkaitan. Dan kali ini mereka bersemuka di pentas yang sama. Masing-masing pasti akan mempertahankan ‘kebenaran’ berasaskan pengalaman dan penglibatan…

Read More

Vaksin pertama di Rusia

RUSIA hasilkan vaksin Covid-19 yang pertama di dunia. Itu dakwaan Presiden  Vladimir Putin pada Selasa (11 Ogos 2020) dalam sidang video bersama menteri Kabinetnya ynag disiarkan televisyen tempatan. “ Pagi ini, untuk pertama kalinya di dunia, vaksin untuk melawan virus corona baru saja didaftarkan di Rusia,” katanya. Putin memberitahu, salah seorang anak perempuannya telah disuntik vaksin itu dan berada dalam keadaan sihat. “Saya tahu bahawa ia cukup berkesan, membentuk kekebalan yang kuat, dan saya ulangi, ia telah lulus semua pemeriksaan yang diperlukan,” kata Putin. Beliau berharap negaranya akan segera menghasilkan…

Read More

Arab Saudi catat 291,468 kes

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) Arab Saudi mengumumkan 1,521 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini meningkat kepada 291,468. Jurucakap MOH memberitahu, daripada kes baharu yang dilaporkan, 101 direkodkan di Riyadh, diikuti Makkah 88, Dammam 75, Hufof dan Madinah masing-masing 65, Jazan 51, Hail 45 dan Jeddah 39. Sebanyak 1,640 orang yang positif Covid-19 telah sembuh menjadikan jumlah sembuh 255,118, iaitu ha pir 88 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Sementara itu, jumlah kematian meningkat kepada 3,233 termasuk 34 kematian yang dilaporkan hari ini manakala 33,117 kes…

Read More

Dua hari Thailand tanpa kes

INDONESIA terus mencatatkan peningkatan kes apabila 1,693 jangkitan baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan 128,776 kes. Berdasarkan data di laman web rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, hari ini, sejumlah 85,928 pesakit masih dalam pemantauan. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 59 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah korban meningkat kepada 5,824 orang. Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 26,624 kes, diikuti Jawa Timur (25,917) dan selebihnya di wilayah lain. Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 1,915 orang, diikuti Jakarta (944),…

Read More

4 kes di NZ selepas 102 hari

WELLINGTON: Selepas ‘meraikan’ 100 hari tanpa kes, New Zealand merekodkan empat kes baharu Covid-19 iaitu selepas 102 hari tanpa penularan tempatan. Perdana Menteri Jacinda Ardern mengumumkan kesemua kes melibatkan satu keluarga di bandar terbesar negara itu, Auckland. Keluarga terbabit dilaporkan tidak keluar negara dan punca jangkitan masih dalam siasatan. Tambahnya Perintah Kawalan Pergerakan peringkat tiga akan dikenakan di Auckland semasa siasatan dijalankan. Dalam sidang media hari ini, Rabu, beliau berkata, punca jangkitan kes masih belum dapat dipastijan. Semua sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak akan ditutup bermula Rabu. Tiada penularan tempatan…

Read More

Sembilan kes baharu

PUTRAJAYA : Sembilan kes baharu Covid-19 dilaporkan sehingga pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kes di negara ini adalah 9,103, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada sembilan kes itu, lima adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara. Lima kes import tersebut adalah dari negara Jepun, India, Pakistan (di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) ; New Zealand (di Selangor); dan Singapura (di Johor). Sementara itu kesemua p empat kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan…

Read More