1,304 kes baharu 1 kematian

PUTRAJAYA, 13 Nov. – Kes baharu Covid -19 hari ini kembali mencatatkan empat angka apabila jumlah kes hari ini meningkat kepada 1,304 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah  11,822 kes, manakala jumlah kes pulih pula sebanyak 900 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 32,069 kes.

Daripada 1,304 kes baharu hari ini, 1,300 merupakan kes penularan dalam negara, sementara bakinya kes import iaitu  mereka yang tiba dari negara Arab Saudi (3) dan Mesir (1).

Terdapat satu kes kematian melibatkan lelaki warga emas dari Sabah, menjadikan kes kematian keseluruhan kini 304 kes.

Sebanyak 96 kes sedang dirawat di ICU, di mana 39 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. Empat kluster baharu juga dilaporkan hari ini.

Related posts

Leave a Comment