Vaksin Australia siap 2021

MENTERI Kesihatan Australia, Greg Hunt mengumumkan vaksin Covid-19 yang sedang dibangunkan oleh University Queensland dan CSL kini akan memulakan tahap terakhir ujian,

Katanya, ujian awal terhadap vaksin Covid-19 itu didapati selamat dan menghasilkan tindak balas antibodi positif

“Vaksin itu melakukan tugasnya. Terutama kepada golongan tua dan itu sangat penting memandangkan golongan paling berisiko peringkat global ialah warga tua,” kata Hunt seperti dilapor media Australia.

Sekiranya ujian fasa terakhir lulus, Hunt berkata ia akan siap dan diedarkan pada suku ketiga tahun 2021.

Australia telah bersetuju untuk membeli 51 juta dos dari Universiti Queensland dalam masa yang sama, negara itu juga akan membeli vaksin AstraZeneca dibangunkan Oxford sekiranya lulus ujian peringkat terakhir.

Ketika ini banyak syarikat farmaseutikal sedang membangunkan rawatan berkesan untuk penyakit ini yang telah membunuh 1.29 juta mangsa di seluruh dunia dan mengakibatkan kegawatan ekonomi.

Beberapa syarikat termasuk yang dihasilkan Pfizer Inc dan AstraZeneca dijangka akan mengumumkan keputusan ujian peringkat terakhir.

Pfizer pada awal minggu ini berkata, vaksin Covid-19 yang dibangunkan syarikat itu bersama BioNTech didapati mempunyai 90 peratus keberkesanan berdasarkan percubaan awal.

Begitu juga data penghasilan vaksin Covid-19 yang sedang dibangunkan kumpulan penyelidik dari Universiti Oxford bersama syarikat gergasi farmasi, AstraZeneca mungkin siap dalam beberapa minggu lagi.

Begitu juga vaksin Sputnik V yang dibangunkan di Rusia yang melaporkan keberkesanannya mencapai tahap 92 peratus.

Sementara itu, tiga vaksin dibangunkan di China juga telah memasuki ujian fasa ketiga ketika ini.

Secara keseluruhan, lebih 150 vaksin Covid-19 sedang dibangunkan di seluruh dunia dengan beberapa daripadanya menunjukkan potensi yang baik.

Related posts

Leave a Comment