65 kluster kaitan tempat kerja

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Sebanyak 65 kluster atau 41.1 peratus daripada 158 kluster aktif Covid-19 adalah berkaitan dengan tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Sebanyak 5,681 kes positif yang berkaitan kluster tempat kerja ini adalah melibatkan 3,369 atau 59.3 peratus warganegara manakala 2,312 atau 40.7 peratus bukan warganegara.

“Ini adalah hasil tindakan proaktif majikan yang turut sama menjalankan saringan Covid-19 terhadap pekerja-pekerja mereka,” katanya.

Tindakan ini dapat mengekang penularan Covid-19 dalam komuniti dan seterusnya membantu KKM dalam menjalankan aktiviti kesihatan awam. Hal ini sekali gus dapat melindungi individu-individu yang berisiko tinggi, warga emas dan kanak-kanak daripada dijangkiti C-19,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata warga pekerja juga diseru untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan sentiasa mengamalkan kawalan kendiri bagi membendung penularan Covid-19 di tempat kerja.

Majikan dan warga pekerja hendaklah sentiasa memastikan persekitaran tempat kerja dan kawasan guna sama (misalnya tandas, dapur dan pantri) yang bersih dan selamat bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Selain daripada itu, pihak majikan juga diingatkan untuk memastikan pekerja mereka mematuhi segala SOP yang ditetapkan termasuk menjaga kebersihan di kawasan penginapan dan tempat tinggal. Didapati risiko penularan adalah tinggi bagi kawasan penginapan yang sesak dan sempit.

Related posts

Leave a Comment