Solat Jumaat di Australia

UMAT Islam di Australia menunaikan solat Jumaat berjemaah buat pertama kali sejak Mac, dengan mematuhi penjarakan fizikal.

Solat Jumaat di Masjid Meadow Heights, Melbourne itu dilaksanakan dengan lima kumpulan, setiap kumpulan 50 orang.. 

Kali terakhir masjid berkenaan mengadakan solat Jumaat  pada 13 Mac lalu, sebelum ia ditangguhkan sementara berikutan pandemik Covid-19.

Meadow Heights adalah antara kawasan berpenduduk padat di Melbourne.

Jemaah perlu membawa sejadah masing-masing dan mematuhi jarak fizikal.

Penutupan masjid pada Mac itu adalah yang pertama kali dalam sejarah Australia.

Related posts

Leave a Comment