5,444 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 13 Nov.- Indonesia merekodkan 5,444 kes positif baharu Covid-19 hari ini, kes harian tertinggi yang membawa jumlah keseluruhan 457,735 kes dengan kes aktif pula 57,604.

Jawa Tengah mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu 1.362 kes, provinsi Jakarta 1,033, Jawa Barat 801, Kalimantan Timur 277 dan Jawa Timur 239.

.Sebanyak 104 pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah kumulatifnya 15.037 kematian.

Jawa Tengah merekodkan 32 pesakit meninggal dunia, provinsi Jakarta 16, Jawa Timur 12 dan Jawa Barat tujuh,

Sementara itu, kes sembuh yang direkodkan hari ini adalah 3,010 kes yang menjadikan jumlah keseluruhan 385,094.

Kes sembuh tertinggi adalah dari Jakarta sebanyak 977 dan kumulatifnya 107.077 diikuti Jawa Barat 380, Kalimantan Timur 340, Jawa Tengah 324 dan  Jawa Timur 223 kes.

Sementara itu FILIPINA merekodkan 1,902 kes baharu Covid-19 setakat pukul 4 petang, 13 November 2020, menjadikan jumlah keseluruhan 404,713.

Menurut Jabatan Kesihatan sebanyak 31 pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 7,752 kematian dengan 34,058 kes aktif.

Kes pulih pula meningkat kepada 362,903 atau 89.7 peratus daripada keseluruhan kes. Hari ini 506 pesakit dilaporkan sembuh.

Related posts

Leave a Comment